Terengganu Turtles terus hampa apabila Selangor Pistons menjadikan mereka mangsa dengan kemenangan 2-1, sekaligus menjadikan rentetan tiga kekalahan berturut-turut buat pencabar dari Pantai Timur itu dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2017 di Stadium Tertutup Serdang Jaya, hari ini.
Kehilangan pelibas Utama, Fadzli Rosli, nyata dirasai kem Terengganu Turtles dengan dua kekalahan terdahulu yang mengakibatkan mereka tergelincir ke tempat kedua.
Berdepan Selangor Pistons yang turun berentap dengan yakin susulan kejayaan dalam perlawanan lalu, kedua-dua pasukan agresif sejak awal permainan dan penguasaan seimbang berlanjutan sehingga penghujung set pertama.
Namun, kecemerlangan dari segi bertahan dan menyerang membolehkan Terengganu Turtles meraih dua mata terakhir untuk set pertama memihak mereka 21-19.
Dalam set berikutnya, Selangor Pistons bangkit dan mempamerkan asakan hebat kepada Terengganu Turtles untuk Selangor mendahului sehingga penghujung set kedua dengan keputusan 21-15.
Kemenangan itu menyemarakkan semangat Selangor dan menerusi deretan servis, mereka memuktamadkan kemenangan 21-17.
Keputusan lain:
Kelantan Warriors 1 Penang Black Panthers 2
KL Thunder 0 ATM Guardians 2