Skip to main content

Sepak Takraw

STL: Haziq lega NS Antlers peroleh kemenangan ke atas Tigris

pntm3121.jpg
Tekong Negeri Sembilan Antlers, Haziq Hairul Nizam, akur lega berjaya memastikan kemenangan ke atas Johor Tigris dalam aksi Liga Sepak Takraw (STL) sebentar tadi.

Selepas mengalami kekalahan semalam kepada Perak Bison, NS Antlers bangkit memadam kekecewaan itu dengan mempamerkan aksi yang cukup berkualiti dalam perlawanan penuh dramatik mengatasi Tigris 2-1 dalam perlawanan yang diheret selama dua jam.

Berbincang mengenai kemenangan yang diperoleh selepas tamat perlawanan, Haziq berkata, "Bagi saya masih belum dapat mencapai tahap terbaik dan masih lagi tercari-cari servis dalam perlawanan ini. Namun tahap keyakinan mula meningkat dan saya sangat bersyukur atas kemenangan ini, ia merupakan usaha satu pasukan," kata Haziq.

"Kemenangan yang terhasil ini merupakan hasil semangat satu pasukan, kami sentiasa berusaha untuk mencapai objektif iaitu kemenangan dalam setiap perlawanan."

"Apa yang boleh saya kongsikan berdasarkan perlawanan ini, corak kami bertahan agak longgar di set pertama, namun berjaya bangkit di set kedua sebelum terdapat beberapa kesilapan di set penentuan menyaksikan kami terpaksa akur dengan kekalahan."



 

Advertisement

Must Watch Video