Ketua jurulatih sepak takraw Malaysia B, Futra Ghani, melihat potensi besar Terengganu Turtles sebagai pasukan pilihan dalam misi menggegarkan saingan Sepak Takraw League (STL) 2025.
Kualiti itu dilihat menerusi kehadiran beberapa pemain muda yang mula menunjukkan taring mereka dalam saingan edisi lalu, sekali gus menjadikan struktur dan pembaharuan yang dilakukan Terengganu Turtles sebagai kelebihan.
Antara nama yang kian menjadi tumpuan adalah Khairul Aman Mohd Rosdi yang memiliki kekuatan libasan 'gulung dan maniam' dan kepakarannya itu telah menembusi saingan antarabangsa menerusi kemunculan pertama dalam Piala Asia ASTAF, minggu lalu.
"Saya nampak selepas ini pemain Terengganu Turtles berpotensi menggalas cabaran negara kerana telah menunjukkan prestasi dalam STL tahun lalu apabila membawa Terengganu daripada Divisyen 1 ke tempat keempat saingan Perdana," katanya di Nadi Arena.
Tambahnya, STL yang kini memasuki tahun ke-11 membuktikan transformasi dalam setiap pasukan bukan sahaja daripada sudut prestasi, malah juga strategi pembelian dan pembangunan pemain.
"Revolusi setiap regu, setiap pasukan, setiap negeri berbeza. Ada jual-beli, ada tawaran yang mengharapkan pemain mewakili negari mereka.
"Di sinilah berlakunya revolusi untuk memperkuatkan pasukan untuk memburu kejuaraan," katanya.