Kuala Lumpur (KL) Thunder muncul juara Grand Prix Selangor selepas menewaskan Perak Bison dalam aksi straight set 15-7 perlawanan akhir Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi.
Ketua jurulatih Perak Bison mempertaruhkan berisan terkuat mereka iaitu Kritsasa Sungvung (Tekong), Aidil Aiman (Apit Kiri) dan Noraizat Nordin (Apit Kanan). Manakala, KL Thunder kekal dengan barisan pemain utama iaitu Syahir Rosdi (Tekong), Amirul Zazwan (Apit Kiri) dan Azlan Alias (Apit Kanan).
Dengan corak serangan yang agresif KL Thunder tiada masalah untuk mendominasi aksi dengan jurang lima mata dalam awal permainan sekali gus menamatkan set pertama dengan kemenangan 15-7.
Perak Bison kembali memperkemaskan corak pertahanan untuk mengheret KL ke set penentuan tetapi ketajaman Azlan Alias sebagai Perejam memacu pasukannya dengan kemenangan straight set 15-7, 15-12 sekali gus muncul juara Grand Prix Selangor 2024.
Perak Bison muncul sebagai naib juara dan Selangor Pistons di tempat ketiga selepas menewaskan PDRM Defenders.
Cabaran dengan aksi format baharu Division 1 akan diteruskan dengan Grand Prix Terengganu yang akan menjadi medan bagi pusingan kedua daripada lima dengan 12 pasukan akan berentap sekali lagi di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu pada 24 hingga 28 September 2024.