Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Selangor Pistons raih tempat ketiga tewaskan PDRM Defenders

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pistons.jpg
Selangor Pistons menduduki tempat ketiga selepas menewaskan PDRM Defenders dalam aksi rubber set 9-15,15-9,15-4 Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi.

Selangor Pistons membariskan Syafi Haziq (Tekong), Arif Badri (Apit Kiri) dan Nonthanan Sombatlay (Apit Kiri) manakala Khalid Alias pula mengekalkan barisan sama diketuai Shahalril Aimin (Apit Kiri), Syukri Hasan (Apit Kanan) dan Siwatbancha Seekhwa (Tekong).

Percaturan Noor Azman Hamid membawa masuk Zuhri Zin tidak banyak membantu Selangor dalam set pertama dengan PDRM yang berada dalam rentak terbaik dari aspek serangan mudah meraih kemenangan 9-15 dalam tempoh 21 minit.





Selangor kembali memperkemaskan aksi dalam aksi set kedua, namun selepas kedudukan terikat 7-7, pasukan dari Lembah Klang itu kembali mendapat rentak untuk mengheret PDRM ke set penentuan dengan kemenangan 15-9.

Taktikal PDRM yang serba tidak menjadi dalam set penentuan memberi semangat buat Selangor mengambil kesempatan dengan momentum yang baik sekali gus menoktahkan saingan GP Selangor di kedudukan ketiga dengan kemenangan 15-4.

PDRM terpaksa berpuas hati untuk menduduki kedudukan keempat secara keseluruhan.

Advertisement

Must Watch Video