Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Saingan lebih terbuka GP Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

emas-anuar-stl.jpg
Johor Tigris, KPTM-MAsum Knights dan Bomba Fighters berpeluang mengubah nasib mereka dalam Sepaktakraw League (STL) Premier musim ini.

Sebentar tadi, selesai undian untuk Grand Prix (GP) Perak yang bermula 9 Oktober depan yang menyaksikan peluang lebih terbuka dalam Kumpulan A yang dihuni ketiga-tiga pasukan terbabit yang belum pernah merekodkan sebarang kemenangan selepas dua pusingan awal di Shah Alam dan Gong Badak. 

Terengganu Turtles, Kelantan Warriors dan Negeri Sembilan Antlers di tempat dalam Kumpulan B, sementara Kumpulan C menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PDRM Defenders, Selangor Pistons dan Perak Bison. 

Juara GP Selangor, KL Thunder pula akan berdepan cabaran Penang Black Panthers dan ATM Guardians. 
 

Advertisement

Must Watch Video