STL
Emas Anuar STL: Perak Bison lolos ke suku akhir
Tuan rumah, Perak Bison mengesahkan tempat mereka ke suku akhir Emas Anuar Sepak Takraw League GP Perak selepas mengatasi PDRM Defenders sebentar tadi.
Beraksi di depan ribuan penyokong sendiri, Perak yang dibarisi Noraizat Nordin, Kritsada Sungvung selaku tekong berbisa dan juga Asyraf Azizi -- penampilan mereka cukup bertenaga.
Set pertama menyerlahkan kewibawaan Perak apabila menuasai gelanggang dengan baik. Servis kencang Kritsada di tambah rejaman berbisa Noraizat, Perak mendominasi set pertama dengan kemenangan 15-9.
Iklan
Bagaimanapun, PDRM seolah sudah dapat menghidu kelemahan Perak di set kedua, mereka berjaya mengikat kedudukan 2-2 namun Perak bukanlah pasukan yang mudah mengalah.
Satu demi satu mata diraih ditambah dengan kesilapan yang dilakukan PDRM ,emudahkan tuan rumah meraih mata.
PDRM mengambil keputusan untuk melakukan beberapa pertukaran dalam percaturan masih belum mampu menyaingi Perak.
Sengit menuju ke penghujung saingan PDRM mula buat Perak cemas namun akhirnya Perak berjaya meraih kemenangan 15-13 untuk mara ke suku akhir.
Must-Watch Video