KL Thunder berjaya mengatasi aksi cemerlang ATM Guardians dalam usaha memastikan slot ke suku akhir saingan Emas Anuar Sepak Takraw League, sebentar tadi.
Mimpi ngeri KL Thunders kembali semula dalam pertemuan dengan ATM Guardians apabila sukar untuk mendominasi set pertama.
Kedua-dua pasukan saling kejar mengejar mata, dan aksi sengit terus disaji buat penonton di Stadium Indermulia hingga kedudukan terikat 9-9.
Aksi sengit diteruskan hingga kedudukan 14-14, menjadikan suasana di gelanggang semakin tegang.
Kemasukan Syahir Rosdi sepatutnya jadi tonik buat KL Thunder namun keampuhan ATM Guardians sukar ditembusi untuk kedudukan 16-16.
Akhirnya kemenangan set pertama berpihak dengan KL Thunder 17-16.
Di set kedua, ATM kekal bernyawa untuk meneruskan perjuangan -- sedikit demi sedikit percaturan mereka berjaya memperdayakan KL Thunder dan dengan aksi penuh dramatik dan intensiti, berjaya mengheret KL Thunder bermain di set penentuan selepas menang set kedua 15-9.
Di set ketiga, KL Thunder tampilkan persembahan yang lebih membuahkan hasil, pada suatu ketikanya di depan 9-7.
Akhirnyaaaa kemenangan berpihak juga kepada kl 15-12 dan kini juara kumpulan yang akan ke suku akhir.