PDRM Defenders menjadi pasukan kedua mengesahkan tempat di separuh akhir saingan Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) selepas mengejutkan juara Kumpulan D, Penang Black Panthers, sebentar tadi.

Hisyammudin, Pharitat dan Aiman memacu kemenangan Defenders dalam set pertama dengan meninggalkan jurang lapan mata untuk mendahului 15-7 sebelum berehat seketika.



Skuad kendalian Ahmad Supian Napiah seakan mendapat suntikan semangat apabila berjaya melakar kebangkitan 12-10 untuk mengikat kedudukan, namun keampuhan yang dimiliki Defenders sukar digugat susulan membawa perlawanan ke tie break 16-16.

Kesilapan tekong Penang, Ikhwan Syafiq, memberikan mata kemenangan buat PDRM Defenders untuk mara ke peringkat seterusnya yang akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, esok.