Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Negeri Sembilan Antlers tunduk kepada Terengganu Turtles

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tt.jpg
Terengganu Turtles menjadi johan Kumpulan B Grand Prix (GP) Perak, Emas Anuar Liga Sepaktakraw (STL) Premier selepas mengutip bersih dua kemenangan berdepan Negeri Sembilan Antlers dan Kelantan Warriors di Stadium Indera Mulia, Ipoh, sebentar tadi.

Naib juara GP Terengganu itu mengungguli saingan peringkat kumpulan selepas meraih kemenangan straight set 15-12, 15-12, sekali gus meloloskan diri ke pusingan kalah mati yang akan bermula esok.




Persembahan skuad kendalian Shahir Nasrudin serba tidak menjadi apabila segala serangan dan corak bertahan seakan tidak membantu untuk memberi kelebihan buat Negeri Sembilan Antlers.

Terengganu Turtles mengambil kesempatan tersebut untuk menguasai permainan tanpa henti untuk sebelum menoktah kemenangan dalam tempoh 48 minit.

Advertisement

Must Watch Video