Skip to main content

Olahraga

Enam rekod kejohanan dipecahkan pada hari pertama Grand Final Varsity Track and Field 2026

VTF
Advertisement

Hari pertama Grand Final Varsity Track and Field (VTF) menyaksikan enam rekod kejohanan berjaya dipecahkan, sekali gus menyaksikan peningkatan prestasi dan tahap persaingan dalam kalangan atlet Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Walaupun VTF kini memasuki tahun kelima penganjurannya, kemampuan atlet untuk terus mencipta rekod baharu menunjukkan pembangunan sukan olahraga di peringkat IPT terus berada pada landasan positif.

Advertisement

Enam rekod kejohanan yang berjaya dipecahkan pada hari pertama melibatkan acara:

1. Lompat jauh lelaki – Universiti Putra Malaysia (UPM) (Andre Anura Anuar: 7.66 meter)
2. Lompat jauh wanita – UPM (Nurkhaleesa Yasmin: 6.01m)
3. Tukul besi lelaki – UPM (Sadat Marzuqi Ajisan: 63.4m)
4. Lempar cakera lelaki – UPM (Kamal Farhan A. Rahman: 50.97m)
5. 4x100m campuran – Universiti Pendidikan Sultan Iris (UPSI)
6. 4x400m campuran – Politeknik Malaysia

Advertisement

Pencapaian ini turut membuktikan bahawa VTF terus menjadi platform penting dalam memberi ruang kepada atlet IPT meningkatkan prestasi, menguji kemampuan dan bersaing pada tahap yang lebih tinggi.

Dengan kejohanan masih berbaki dua hari, tumpuan kini terarah kepada sama ada lebih banyak rekod kejohanan mampu dipecahkan.

Persoalan yang turut dinantikan ialah sama ada Rekod Kebangsaan bakal tercipta pada pentas Grand Final  VTF 2026.

Sama-sama kita nantikan aksi dan kejutan seterusnya sepanjang dua hari terakhir kejohanan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video