Skip to main content

Bola Sepak

Pemain warisan negara ikat kontrak profesional bersama West Ham

montague
Advertisement

 

Pemain berdarah Malaysia-England, Harry Montague, mengikat kontrak profesional pertamanya bersama West Ham United semalam.

Advertisement

Pertahanan tinggi lampai berusia 17 tahun itu menandatangani biasiswa akademi itu pada musim panas 2025 sebelum melakukan lebih 20 penampilan bersama skuad B-18 mereka dan membantu pasukan itu menjulang Piala Liga Perdana B-17 musim lalu.

Dia kemudian diserapkan ke pusat latihan Rush Green menjelang musim 2026/27 dan kini mengikat kontrak penuh selaku pemain profesional.

Advertisement

“Saya sangat teruja,” kata Montague.

“Ia adalah impian jadi kenyataan dan detik yang amat membanggakan buat saya serta keluarga, yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang karier saya.

“Saya telah menyokong West Ham sejak kecil, jadi peluang untuk bergelar pemain bola sepak profesional bersama kelab ini adalah sesuatu yang luar biasa.

“Saya mula bermain untuk pasukan seperti Aveley Millers dan Lakeside sebelum bakat saya dikesan oleh pencari bakat West Ham ketika menyertai kem yayasan kelab.

"Selepas beberapa tahun, saya berehat seketika daripada sukan ini sebelum kembali semula menyertai skuad B-16.

“Menandatangani kontrak sebagai pemain biasiswa akademi lebih setahun lalu merupakan detik yang hebat, manakala kemenangan dalam aksi final Piala Liga Perdana B-17 adalah malam yang tidak akan saya lupakan.

"Saya rasa saya belajar banyak perkara musim lalu dengan bermain menentang pasukan hebat di posisi yang berbeza, dan pengalaman itu menjadi bekalan terbaik buat saya untuk masa kini dan masa hadapan.”

Peminat bola sepak negara pasti teruja untuk melihat Montague menyarung jersi Harimau Malaya suatu hari nanti.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video