Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF) telah menggantung sementara 448 pegawai kelab -- sama ada yang masih berkhidmat mahupun bekas pegawai termasuk Presiden Trabzonspor, Ertugrul Dogan, dan Naib Presiden Besiktas, Hakan Daltaban, sebagai sebahagian daripada siasatan menyeluruh mengenai aktiviti pertaruhan.
Pegawai-pegawai yang digantung berkenaan yang pernah berkhidmat di kelab-kelab dalam dua divisyen tertinggi negara itu semasa didapati telah meletakkan pertaruhan ketika memegang jawatan dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Kesemua 448 individu tersebut telah dirujuk kepada jawatankuasa disiplin persekutuan.
Turkiye's football federation (TFF) has provisionally suspended 448 current and former club officials, including Trabzonspor President Ertugrul Dogan and Besiktas VP Hakan Daltaban, as part of a sweeping investigation into betting.
🟢 More on https://t.co/ft7Hjuwep4 pic.twitter.com/9k2rK68rNa— AJE Sport (@AJE_Sport) October 1, 2026
Dogan berkata pernah memiliki akaun pertaruhan dan telah memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
"Syarikat-syarikat ini menaja kelab dan mengadakan acara pelancaran. Tiada siapa menyangka perkara ini akan menimbulkan masalah... jika kami melakukan kesilapan, kami memohon maaf, namun kami tidak melakukan sebarang kesalahan," katanya.