STL
Emas Anuar STL: Negeri Sembilan Antlers bangkit tewaskan ATM Guardians
Tempoh 1 jam 12 minit diperlukan Negeri Sembilan Antlers untuk menyingkirkan ATM Guardians dalam aksi rubber set 3-15,15-13,15-8, untuk melangkah ke separuh akhir GP Penang Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) di Spice Arena, Pulau Pinang, sebentar tadi.
Negeri Sembilan Antlers dibarisi Haziq Nizam (tekong), Fame Jalil (pengumpan), Hafizul Hayazi (perejam). Manakala, Sulaiman Safinyi, mempertaruhkan Ikmal Hakimi (tekong), Umar Mohamad (pengumpan), Fetri Azwadi (perejam).
Iklan
Langkah Haziq Nizam dalam set pertama serba tidak menjadi apabila tekong kebangsaan itu terpaksa digantikan dengan Hisham Mat, namun perubahan itu sudah terlewat untuk Negeri Sembilan tewas mudah 3-15 kepada ATM Guardians dalam tempoh 14 minit.
Set kedua pula menyaksikan Skuad Jang terpaksa bekerja keras pada awal permainan untuk mendominasi aksi babak kedua sekali gus menoktahkan dengan kemenangan untuk menewaskan ATM 15-13.
Momentum itu diteruskan Negeri Sembilan dalam set penentuan ATM Guardians apabila Haziq Nizam kembali membalas kepercayaan yang diberikan Shahir Nasrudin selepas servisnya memacu The Jang menewaskan ATM Guardians 15-8.
Kuala Lumpur Thunder mahupun PDRM Defenders menanti Negeri Sembilan dalam aksi separuh akhir esok dengan aksi mereka akan berlangsung sebentar lagi.
Must-Watch Video