Skip to main content

Olahraga

Drama! CAS batalkan penggantungan serta merta, tiada pemalsuan berlaku

ATHLETICS-JAPAN:Athletics-CAS clears Japan's Ikeda of doping violation, overturns four-year ban
Advertisement

Satu kemenangan! Perjuangan hak berbaloi!

Atlet jalan kaki Jepun, Koko Ikeda, memenangi rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap Olahraga Dunia (WA). 

Advertisement

Keputusan itu dapat membersihkan nama pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu daripada dakwaan melanggar peraturan anti-doping, sekali gus membolehkannya kembali bertanding serta merta.

Atlet berusia 28 tahun itu telah digantung sementara pada November 2024, sebelum dikenakan hukuman penggantungan selama empat tahun oleh Unit Integriti Olahraga (AIU) pada Februari 2025, atas dakwaan mencuba dan mengambil bahan terlarang.

Advertisement

Ikeda mencabar keputusan tersebut di CAS pada Mac 2025 dengan menafikan dakwaan doping yang dikemukakan oleh WA -- yang menuduh ada manipulasi darah berdasarkan keabnormalan dalam Athlete Biological Passport Ikeda termasuk kononnya mengesyaki Ikeda mengemukakan laporan palsu.

Kes itu telah didengar oleh panel CAS di Lausanne pada bulan Mei.

Walaupun panel tersebut mengakui bahawa beberapa bacaan dalam profil biologi Ikeda adalah tidak normal, mereka mendapati terdapat penjelasan munasabah yang tidak melibatkan doping bagi penemuan tersebut.

CAS menyatakan bahawa Ikeda memiliki bukti perubatan dan pakar yang kukuh, sekali gus menyediakan asas fakta yang lebih menyeluruh berbanding apa yang dikemukakan semasa prosiding di hadapan tribunal WA.

Badan rayuan itu membatalkan hukuman penggantungan empat tahun tersebut, dengan menyimpulkan bahawa pertuduhan anti-doping itu tidak terbukti dan tiada sebarang penggantungan harus dikenakan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video