Skip to main content

Bola Sepak

Apa jadi? Jurulatih kelab 34 kali juara rebah terus ke wad kecemasan

SOCCER-GERMANY-BAY-KOMPANY:Soccer-Bayern coach Kompany taken to hospital after collapsing during training session
Advertisement

Jurulatih Bayern Munich, Vincent Kompany, dikejarkan ke hospital pada hari Jumaat selepas rebah semasa sesi latihan, menurut kenyataan juara Jerman itu.

Pengendali dari Belgium itu dilaporkan mengalami jangkitan virus sejak beberapa hari kebelakangan ini dan telah terlepas beberapa sesi latihan pasukannya.

Advertisement

"Pada hari Jumaat, Vincent Kompany memerlukan rawatan perubatan selepas rebah semasa sesi latihan pasukan," kata kelab itu. 

"Kompany kini sedang menjalani pemeriksaan menyeluruh di hospital dan akan terus berada di bawah pemantauan perubatan. Buat masa ini, barisan kejurulatihannya akan menguruskan segala urusan berkaitan latihan dan perlawanan."

Advertisement

Pendahulu Bundesliga itu yang mempunyai 34 gelaran liga, mencatatkan keputusan seri 2-2 di laman sendiri menentang Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) baru-baru ini, dijadualkan bertandang ke Freiburg pada hari Ahad.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video