Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: KL Thunder komited rampas kembali gelaran juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-thunder.jpg
Pengendali kelahiran Gombak, Rosli Abdul Rahman, berasakan konsistensi adalah kunci utama jika pasukannya berhasrat untuk muncul juara Liga Sepak Takraw (STL) edisi sedekad, kali ini.

Dia berharap kelibat tongggak kebangsaan seperti Syahir Rosdi, Zarif Marican Ibrahim Marican, Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir mampu menjadi nilai tambah terbaik buat KL Thunder dalam misi untuk memburu gelaran kedua selepas kali terakhir melakukannya adalah pada 2020.

Musim ini, juara STL edisi 2020 itu turut diperkuatkan dengan kehadiran feeder import dari Thailand, Sirasak Anuloon.





"Kita tidak boleh terlalu yakin sangat kerana senarai pasukan lain juga turut mempunyai pemain import juga.

"Saya mengharapkan pengalaman pemain kebangsaan kerana saya hanya jurulatih yang beri tunjuk ajar saja dan mereka yang beraksi.

"Sasaran saya untuk menang, dan pemain saya jiwa mereka semestinya mahu rampas kembali trofi STL pada kali ini." kata Rosli Abdul Rahman  kepada Nadi Arena.
 

Advertisement

Must Watch Video