Kelantan Warriors menewaskan wakil tuan rumah, Melaka Titans, dalam aksi rubber set 12-15,15-9,15-13 dalam aksi separuh akhir kedua Liga Sepak Takraw (ST) 2024 di Stadium Bukit Serindit, sebentar tadi.

Walaupun hampir tewas dalam set penentuan, Kelantan Warriors kembali memberikan aksi yang lebih kemas dari aspek pertahanan untuk terikat 13-13.

Wakil Pantai Timur itu yang dibarisi Purached Yoosaen (Tekong), Adli Bakar (Apit Kiri) dan Haikal Jamil (Apit Kanan) berjaya mencuri dua mata terakhir untuk memastikan tiket final menjadi milik mereka dengan kemengangan 15-13.





Dalam satu lagi aksi menyaksikan Selangor Pistons pula tiada masalah untuk menempah tiket final selepas menyingkirkan Perlis Vipers 15-10,15-11.

Selangor dibarisi Zuhri Zin (Tekong), Arif Badri (Tekong Kiri), Nonthanan Sombatlay (Apit Kanan).

Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan dalam aksi final malam ini.