Juara Divisyen 1 Emas Anuar Liga Sepaktakraw (STL) 2024, Kelantan Warriors, mara ke suku akhir selepas menewaskan Bomba Fighter dalam aksi straight set 15-9, 15-11 saingan Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi.

Jurulatih Kelantan Warriors mengekalkan barisan pemain sama iaitu Purached Yodsaen (Tekong), Adli Bakar (Apit Kiri) dan Haikal Jamil (Apit Kanan), manakala Bomba Fighter membariskan Ponsatorn Phong (Tekong), Afiq Mazlan (Apit Kiri) dan Eqbal Shamsudin (Apit Kanan).





Bomba Fighter berpeluang untuk menang set pertama tetapi beberapa kesilapan mudah memastikan Kelantan Warrios mengamhbil kesempatan untuk kemenangan pertama 15-9 dalam tempoh 27 minit.





Kedua-dua pasukan beraksi sengit dalam tempoh 25 minit set kedua tetapi Kelantan Warriors meninggalkan pasukan lawan dengan jurang lima mata untuk mendahului 11-6, lalu tiada masalah menamatkan aksi untuk menang 15-11.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Kelantan Warriors mengiringi KL Thunder ke pusingan suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan A.