Bomba Fighters mengakui masalah keserasian menjadi punca pasukan itu tidak dapat menyerlah dalam saingan GP Selangor Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) minggu lalu.
Fighters gagal meraih sebarang kemenangan dalam saingan Kumpulan A, GP Selangoor, di mana mereka tewas kepada Kelantan Warriors dan Kuala Lumpur Thunder.
Mengakui masalah keserasian menjadi punca utama yang perlu mereka perbaiki, perejam Fighters, Shahrul Ishaqdin Md Desa, berkata pasukannya sedang berusaha untuk mengatasi masalah itu demi mendapatkan kemenangan pertama dalam GP Terengganu, yang akan bermula pada Selasa depan.
"Sewaktu GP Selangor, pasukan Bomba jelas menghadapi masalah tiada keserasian," katanya sewaktu bercakap sebagai tetamu Nadi Arena sebentar tadi.
"Mungkin ia kerana kami baru mendapat pemain import dan kami hanya dapat berlatih dengannya selama seminggu.
"Kini, dengan mendapat lebih lama latihan bersama, kami mungkin akan bermain dengan lebih baik.
"Saya rasa, Bomba Fighters berada dalam momen terbaik untuk GP Terengganu ini," katanya.
Muzaffar Musa
Thu Sep 19 2024