Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Bomba Fighters mahu perbaiki kedudukan, tekad pungut mata di Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stl.jpg
Tiada penyudah yang tajam punca Bomba Fighters tidak dapat memungut sebarang mata sepanjang dua penganjuran Emas Anuar Liga Sepaktakraw (STL) Premier iaitu Grand Prix (GP) Selangor dan Terengganu. 

Menjelang GP Perak yang akan berlangsung di 9 Oktober ini, Mohd Syazwan selaku jurulatih menyeru agar pasukannya tampil memberikan aksi bertenaga dan berjuang habis-habisan demi mendapatkan mata pertama buat pasukan.



Kumpulan A menyaksikan Bomba Fighters diundi bersama KPT-Masum Knights serta Johor Tigris yang mempunyai peluang sama rata selain kelebihan masing-masing jadi pemisah dan jurang kekuatan pasukan.

Tekong pasukan, Muhammad Harith Aiman, tetap optimis sambil berpendapat bahawa rakan-rakannya mampu melakar kebangkitan demi memperbaiki kedudukan berbanding GP sebelum ini.

Advertisement

Must Watch Video