STL
Emas Anuar STL: ATM Guardians tewaskan Penang Black Panthers dalam aksi pembukaan
Hasrat Penang Black Panther untuk membalas dendam tidak kesampaian selepas tewas kepada ATM Guardians dalam aksi rubber set 10-15, 15-13,15-13 saingan Kumpulan D Grand Prix (GP) Perak, Emas Anuar Liga Sepaktakraw (STL) Premier di Stadium Indera Mulia, Ipoh, sebentar tadi.
Supian Napiah membariskan skuad terkuat dalam misi mengutip tiga mata penuh yang terdiri daripada Ikhwan Syafiq (Tekong), Zaim Razali (Pengumpan), Komkrit Kaewkhamjan (Perejam).
Manakala, ATM Guardians pula dibarisi Ikmal Hakimi (Tekong), Norfaizzul Razak (Pengumpan), Fetri Azwadi (Perejam).
Iklan
Penang bermula dengan corak perlawanan yang kemas dalam set pertama dengan ketajaman rejaman Komkrit Kaewkhamjan memastikan mata ke-15 buat skuad Harimau Kumbang untuk melakar kemenangan 15-10 dalam set pertama.
Dalam set kedua pula menyaksikan ATM kembali memeperkemaskan corak pertahanan untuk mengikat Penang 10-10.
Namun, perebutan mata kemenangan buat ATM yang terdahulu mencapai mata ke-14, Penang melakukan bantahan terhadap servis tekong gantian, Adam Aiman, dan setelah pengadil perlawanan, Zulkefli Zainal, melakukan semakan dia menafikan servis yang didakwa batal untuk ATM mengheret Penang ke set penentuan dengan kemenangan 13-15.
Percaturan Penang membawa masuk Imran Fazli tidak membuahkan hasil untuk menghukum anak buah Sulaiman Safinyi sekali gus tewas kepada ATM 13-15 dalam set penentuan untuk ATM meraih tiga pertama pertama dalam tempoh 1 jam 23 minit itu.
Untuk rekod, PDRM Defender meraih tempat ketiga selepas menewaskan Penang dalam saingan di GP Terengganu, di Stadium Tertutup Gong Badak, September lalu.
Must-Watch Video