STL
CelcomDigi STL: Perak Bison belum dapat kumpul kekuatan penuh
Juara Sepaktakraw League (STL) Premier 2019 dan 2023, Perak Bison, terpaksa menangguhkan pengumuman yang sepatutnya berlangsung hari tetapi difahamkan berdepan masalah teknikal yang memaksa mereka tangguh pengumuman tersebut kepada Selasa depan.
"Kami tidak dapat kumpulan kekuatan penuh memandangkan pemain import hanya akan tiba hujung minggu depan.
"Pemain dalam barisan kebangsaan pula masih terikat dengan persiapan menghadapi Piala Raja Thai.
Iklan
"Jadi kami hanya betul-betul akan dapat menurunkan kekuatan penuh adalah ketika Grand Prix Terengganu (17 Jun depan)," pengurus Perak Bison, Jaffrey Zainol.
Jaffrey turut memaklumkan nama-nama utama yang menjadi sandaran untuk membawa pulang kejuaraan ketiga pasukan adalah 60 peratus terdiri daripada pemain dalam kejohanan tahun lalu.
Prestasi barisan pemain edisi lalu seperti Noraizat Nordin dan Aidil Aiman yang disifatkan masih berbisa dan mampu menampilkan corak permainan agresif menjadi salah satu faktor mereka dikekalkan.
Selepas muncul naib juara pada musim lalu, fokus Perak Bison kini sememangnya terarah untuk memperbaiki aspek servis dan rejaman sebagai persediaan bertemu gergasi STL yang lain.
"Saya boleh beri bayangan bahawa 60 peratus pemain mungkin tidak berubah daripada senarai musim lalu dan dua pemain baru.
"Kami akan menampilkan pemain muda dari Perak untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan," katanya.
Must-Watch Video