PDRM Defenders tidak berdepan masalah menewaskan Bomba Fighters 2-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan C, Divisyen 1, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Stadium Tertutup Gong Badak, sebentar tadi.
Fadlansyah Barah mempertaruhkan Worapat Kaewtawatwiset (tekong), Sharil Aimin (pengumpan), dan Shaharil Aiman (perejam).
Manakala, Bomba Fighters dibarisi Chancai Sarika (Tekong), Zaim Zamri (pengumpan) dan Shahrul Ishaqdin (perejam).
Tempoh hampir setengah jam diperlukan PDRM dalam set pertama untuk menewaskan Bomba, dengan rejaman pemain kebangsaan iaitu Shaharil Aiman memacu Bomba menang 15-13.
Dominasi PDRM diteruskan dalam set kedua perlawanan dengan mendahului 5-1, Bomba yang bergelut mempamerkan aksi terbaik memastikan mereka terpaksa akur tewas 8-15 kepada PDRM yang menempah slot awal ke pusingan separuh akhir.
PDRM menewaskan Johor Tigris 15-12,15-9, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C semalam untuk mengunggul saingan peringkat kumpulan dengan empat mata.