Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Melaka Titans noktahkan status juara Divisyen 1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka.jpg
Melaka Titans menoktahkan status selaku juara Divisyen 1, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 selepas menewaskan Bomba Fighters 2-0 di Stadium Tertutup Sukpa Kuantan, Pahang, sebentar tadi.

Bomba Fighters dibarisi Irsyad Faiz (tekong), Zaim Zamri (pengumpan) dan Rusdee Leerem (perejam), manakala Khairul Anuar pula mempertaruhkan Syahir Rosdi (tekong), Zaim Razali (pengumpan) dan Yodsanon Laemthaisong (perejam).






Bomba bergelut dalam set pertama untuk memberikan Melaka kelebihan dalam mendominasi perlawanan selepas ketangkasan Syahir Rosdi memastikan mereka menang mudah 15-5 dalam tempoh 13 minit.

Set kedua pula berlangsung sengit apabila Bomba memperkemaskan corak serangan mereka sehingga kedua-dua pasukan terikat 15-15, namun kelebihan berpihak Melaka yang dibarisi pemain kebangsaan untuk meraih kemenangan 17-16 sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah.

Melaka Titans dan Bomba Fighters akan mara ke saingan STL Premier nanti.

Dalam satu lagi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksikan Malaysian University Knights menewaskan  Sabah Mountaineers 2-1.

Advertisement

Must Watch Video