Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Melaka Titans kembali ke kancah tertinggi, layak ke final Divisyen 1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

titans.jpg
Bukanlah pendatang baharu, sebaliknya bakal menggegar semula arena sepak takraw tempatan dengan kehadiran semula Melaka Titans ke kancah tertinggi musim ini.

Ia selepas skuad kendalian Khairul Anuar Ibrahim berjaya mara ke perlawanan akhir Divisyen 1, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) selepas menumpaskan Malaysian University Knights di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan, sebentar tadi.

Tanpa menunggu masa yang lama, gandingan Syahir Rosdi, Zaim Razali dan Azlan Alias mudah meratah pihak lawan dengan kemenangan mudah straight set 15-6, 15-11. 




Melaka Titans akan bertemu sama ada Sabah Mountauneers dan Bomba Fighters di final yang akan berlangsung malam ini.

Advertisement

Must Watch Video