STL
CelcomDigi STL: KL Thunder bakal turun dengan status 'underdog'
Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PERSEWIP), Datuk Mohd Sumali Reduan, menganggap pasukannya, Kuala Lumpur Thunder bakal turun dengan status 'underdog' di saingan CelcomDigi STL Divisyen Premier musim ini.
Meskipun tanpa khidmat tekong Syahir Rosdi dan perejam, Azlan Alias, yang berhijrah ke Melaka Titans, Sumali percaya barisan pemain sedia ada mampu menggalas cabaran yang bakal bermula 17 Jun ini di Grand Prix Terengganu.
Tegas Sumali, PERSEWIP meletakkan kepercayaan penuh kepada regu utama KL Thunder yang dibarisi tekong, Zarif Marican Ibrahim Marican, feeder, Amirul Zazwan Amir, serta perejam, Redwan Hakim Muhammad dibantu dengan kehadiran dua tenaga import dari Thailand, Aekasit Naphon serta Chayaphon Chanakorn.
Iklan
Ujar beliau, pihak pengurusan KL Thunder meletakkan sasaran untuk skuad kendalian Rosli Abdul Rahman itu muncul juara di dua Grand Prix selain meraih slot ke saingan Champions Cup.
Selain muncul juara divisyen premier musim lalu, KL Thunder turut muncul naib juara saingan Champions Cup selepas akur tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan Antlers di pentas final.
Must-Watch Video