Kecederaan perejam Melaka Titans, Azlan Alias, yang retak tulang siku tidak akan merencatkan persiapan pasukannya bagi menghadapi saingan Divisyen 1, Liga Sepaktakraw Malaysia (STL), musim ini.
Yang Dipertua Persatuan Sepaktakraw Melaka (PASTAM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz, menjelaskan meskipun pemain kebangsaan itu tidak dapat beraksi, namun kehadiranya mampu memberi suntikan semangat kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain
"Keutamaan kami adalah negara, kerana itu kami merelakan dia dierehatkan seketika daripada mewakili Malaka. Tetapi kehadiran Azlan Alias akan menyuntik semangat untuk pemain terus berjuang," katanya.
Sementara itu, tekong Melaka, Syahir Rosdi, mengakui perlu menggunakan masa yang ada untuk mencari keserasian dengan pemain import baru pasukan itu dari Thailand.
"Saya dan Zaem keserasian itu agak mudah untuk cari, setakat ini tiada Azlan kerana dia masih cedera. Jadi Melaka mengambil import dari Thailand.
"Keserasian itu sukar daripada segi balingan, cara untuk umpan kepadanya itu dengan masa yang ada." katanya.
Selain Syahir, Melaka turut diperkuatkan apit kiri, Muhammad Zaim Razali, bersama dua pemain import dari Thailand iaitu Yod-Sanon Laem Thai Song dan Khat Hadet Srichan.
Melaka juga meletakan sasaran berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik dalam musim baru Divisyen 1 yang akan membuka tirainya secara rasmi pada 28 Mei ini.