Di saat mendengar perkhabaran pemain berpengaruh, Zlatan Ibrahimovich menyertai AC Milan buat kali kedua, bermacam-macam perkara bermain di fikiran Dayang sambil berimaginasi Zlatan kembali memakai jersi Rosseneri.
Keupayaan & Tenaga
Jika diambil kira usia yang hampir mencecah 40 tahun (38 tahun), tidak banyak yang mampu disumbangkan dari segi tenaga, kepantasan dan keupayaannya untuk bersaing dengan pemain muda di Serie A. Akan tetapi harus diingat, semangat juang tidak mengenal usia. Biarpun tenaganya tidak seperti di waktu muda dahulu, Dayang percaya Zlatan akan bermain dengan ’akal’, selain menggunakan auranya yang mampu membimbing rakan sepasukan selain ‘menundukkan’ pihak lawan. AC Milan yang kini dibimbing Stefano Pioli amat memerlukan Sang Jeneral di atas padang untuk kembali memotivasikan pasukan mereka yang mengalami kejatuhan prestasi teruk.
Pemain Merangkap Duta
Popular. Tidak dinafikan populariti Zlatan selaku pemain cukup tinggi jika dibandingkan dengan pemain sezamannya. Jika sebagai pemain, beliau cukup gemar melakukan aksi mahupun jaringan yang akan menjadi bualan peminat bola sepak. Gerakan akrobatik, gol jarak jauh, tandukan berbisa dan cara meraikan jaringan antara perkara yang sering menjadi perhatian ramai. Zlatan juga cukup berpengaruh di laman sosial apabila sering menjadi ‘trending’ dengan hashtag yang menarik. Terbaru, Zlatan mahukan sekurang-kurangnya 70,000 penonton memenuhi stadium dan jiika tidak, dia tidak mahu bermain. Wow! Secara tidak langsung, Zlatan memberikan impak yang positif kepada AC Milan. Dayang percaya, peratusan penjualan tiket dan jersi pastinya meningkat dengan kemasukan Zlatan.
Perebutan Kesebelasan Utama
Zlatan secara serius menegaskan kehadirannya bukanlah mahu menjadi maskot, tetapi beliau benar-benar mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama. Secara tidak langsung, penyerang muda Poland, Krzysztof Piatek akan merasai tekanan selepas hanya meledakkan empat gol dalam 17 perlawanan. Paling tertekan sudah tentu seorang lagi pemain penyerang, Suso yang hanya meledakkan satu gol dalam 15 perlawanan. Jika benar Zlatan akan berada dalam kesebelasan utama, akan ada pemain yang akan dikorbankan dan ini akan menghasilkan persaingan sihat di dalam pasukan.
Zlatan pernah bermain buat pasukan lain di Serie A seperti Inter Milan dan Juventus, beliau menyertai AC Milan secara percuma dengan perjanjian sehingga akhir musim ini berserta pilihan untuk kontrak lanjutan. Nombor 21 menjadi pilihan di jersinya untuk kali ini.