Dalam ramai pemain bola sepak di Malaysia, kapten skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak, adalah pemain yang paling teruk dikritik peminat sepanjang tahun ini.
"Kuda tua", "suka jatuh", "jaga rambut" dan pelbagai gelaran lain diberikan oleh penyokong terhadap penyerang kebangsaan itu.
Tidak kurang juga ada yang mahu dia mengundurkan diri secara terhormat atau sekurang-kurangnya melepaskan lilitan di lengannya itu.
Secara amnya, kuasa menentukan kapten harus sentiasa berada di tangan ketua jurulatih dan sekiranya Zaquan seorang pejuang, dia harus mempertahankan mandat yang diberikan oleh pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe, untuk menunjukkan ketokohan dan aksi terbaiknya di atas padang.
Sudah pasti Cheng Hoe memiliki sebab tersendiri untuk memilih Zaquan sebagai kapten, sekali gus menyenaraikan pemain itu dalam kesebelasan utama pasukannya.
"Zaquan masih menjalankan tugas dengan baik dan masih memberikan impak kepada pasukan.
"Dia seorang pemimpin, pejuang dan itulah sebahagian daripada karakternya," kata Cheng Hoe ketika mengekalkan khidmat Zaquan dalam Piala Airmarine, bulan lalu.
Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh, misalnya menyifatkan Zaquan sebagai seorang kapten yang banyak membantunya untuk menyesuaikan diri sejak kali pertama menyarung jersi negara, tahun lalu.
"Zaquan, terutamanya, banyak membantu saya. Dia memberitahu kepada pemain-pemain lain bahawa saya berada dalam tekanan tinggi dan mereka perlu membantu saya.
"Dia bercakap dengan nada yang sangat lembut, jadi saya amat gembira untuk berada di sini," kata Sumareh menjelang saingan Piala Suzuki AFF, hujung tahun lalu.
Di sebalik kritikan yang menggunung di media sosial, ia sebaliknya tidak sedikit pun mematahkan semangat Zaquan untuk mewakili negara.
Tidak seharusnya dia tunduk terhadap segala kecaman dan melepaskan salah satu perkara yang paling dicintainya.
Mengapa perlu dia mengaku kalah dan membenarkan dirinya terkesan dengan kritikan sedangkan di mata jurulatih, dia masih yang terbaik buat masa ini.
Sudah pasti, Zaquan sendiri menyedari apa yang perlu dilakukan, yakni memperbaiki prestasinya kerana hanya itu dapat menghentikan segala kecaman terhadap dirinya.
Mungkin juga segala kecaman itu akan bertukar menjadi pujian dan sokongan andai dia mampu melakukan sesuatu buat skuad negara.
"Sebagai pemain profesional, ia perlu ditolak ke tepi.
"Bagi saya, saya mencari rezeki dengan bola sepak.
"Setiap atlet yang mewakili negara memerlukan semangat dan sokongan.
"Ia bukanlah cara yang tepat untuk memberikan pandangan.
"Apa yang lebih penting adalah saya tahu saya masih ada hati dan semangat untuk mewakili Malaysia," jawabnya ketika diminta mengulas mengenai kesediaannya mewakili negara walaupun dikritik hebat peminat tempatan, baru-baru ini.