Manchester United kini melalui fasa peralihan pengurus yang cukup cemerlang susulan kejayaan meraih enam kemenangan berturut-turut di pentas Liga Perdana Inggeris.
Walaupun masih menduduki tangga keenam, pencapaian United sejak Ole Gunnar Solskjaer menggantikan Jose Mourinho selaku pengendali kelab tidak boleh disangkal sekiranya perbezaan mata terkini berbanding kelompok empat teratas diambil kira.

Bagaimanapun, ketika ini, masih wujud persoalan dalam kem The Red Devils. Siapakah pengurus tetap kelab yang semakin dimamah sejarah itu musim depan?
Sewaktu Sir Alex Ferguson meninggalkan United lima tahun lalu, mereka memiliki dua pilihan dalam meneruskan cabaran tanpa legenda tersebut.
Pertama, mereka boleh melantik individu daripada dalam pasukan yang pernah melalui fasa paling bersejarah dalam dunia bola sepak England, atau yang kedua, mendapatkan tenaga luar dan memulakannya semula.

Ketika itu, Ryan Giggs dilihat sebagai calon paling sesuai. Dia sangat arif dengan corak pengurusan yang diamalkan Ferguson di Manchester, memahami tekanan dalam menguruskan salah sebuah kelab terbesar di dunia serta pengalaman menjulang deretan kejuaraan utama di peringkat domestik serta Eropah.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward, memilih haluan berbeza. Dia bersetuju dengan kehadiran David Moyes yang sudah tentu membawa sekali barisan staf tersendiri sehingga menyaksikan hanya Phil Neville memegang status bekas pemain United, memberi maksud segalanya akan dimulakan semula di Old Trafford.

Sejak itu, segalanya kabur buat United. Pelantikan Louis Van Gaal serta Jose Mourinho tampak serba tidak kena buat The Red Devils walaupun musim lalu menduduki tangga kedua liga. Lebih perit, mereka di tempat kedua di belakang musuh setempat, Manchester City.
Tiga pelantikan yang boleh disifatkan sebagai kegagalan kini dilupakan sejak kehadiran Solskjaer.
Soalnya, adakah Woodward akan berusaha keras untuk memastikan bekas penggempur itu tidak pulang ke Molde, Norway, Jun nanti atau terus mengejar nama besar yang sering dikaitkan dengan United seperti Zinedine Zidane, Mauricio Pochettino dan Diego Simeone.
Woodward -- bekas akauntan yang bekerja keras untuk mengesahkan namanya terpahat dalam senarai kebanggaan peminat United -- sememangnya perlu dipuji kerana melantik Solskjaer selaku pengendali sementara.
Namun, tindakan itu pasti tidak akan diingati sekiranya dia membiarkan Solskjaer meninggalkan United apabila tamat musim ini memandangkan pengurus dari Norway itu menyatakan kesediaannya untuk memegang jawatan pengurus tetap.

Woodward perlu berhati-hati kerana nafsu inginkan nama besar menguruskan Old Trafford mungkin boleh menjerat dirinya sendiri tatkala Solskjaer terbukti mampu mengembalikan keharmonian dalam skuad seperti apa yang dilakukan ketika ini.
Jawapan sudah berada di depan mata tetapi jika Woodward tetap berkeras, dia hanya akan menerbitkan semula rasa benci peminat United terhadap dirinya. Usah sampai jadi seperti perumpamaan Melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.