WWE Universe pastinya tertunggu-tunggu acara WWE Survivor Series edisi 2019 kali ini. Meneruskan tradisi sejak tahun 1987, acara pay per view keempat terbesar dalam kalendar WWE ini bakal bersiaran sekali lagi pada Isnin ini secara langsung dari All State Arena, Chicago dan dipancarkan secara eksklusif di rangkaian WWE Network.
Perlawanan tumpuan kali ini tentunya terarah kepada perebutan Kejuaraan WWE di antara penyandang juara Brock Lesnar yang akan menerima tentangan daripada pencabar yang jika dilihat secara atas kertas, amat mudah untuk memenangi perlawanan ini. Namun jangan dilupa bahawa sang pencabar adalah bersifat ‘kecil-kecil cili api’ yang jika diambil mudah, pasti akan memakan diri.
Setelah diperlakukan ibarat kain buruk di acara Raw beberapa bulan lalu, Rey Mysterio bertekad untuk menghentikan kejelekan Lesnar yang gemar membuli penggusti yang lebih kecil daripadanya. Tidak cukup dengan dirinya, malah anak lelaki Mysterio iaitu Dominique turut menerima tempias kezaliman Lesnar yang tidak henti-henti melakukan provokasi terhadap keluarga bekas Juara Dunia WWE ini.
Insiden diaibkan Mysterio di acara WWE Crown Jewel dan dipukul dari belakang di acara Raw selepas itu membuatkan Lesnar yang pada asalnya berada di jenama Smackdown, berpindah ke Raw semata-mata untuk memburu Mysterio. Menyedari yang Lesnar mempunyai kelebihan dari segi fizikal, The Master of 619 menggunakan senjata besi paip untuk melemahkan Lesnar yang sewenang-wenangnya bermaharaja lela membelasah individu yang tidak bersalah dalam usaha pencariannya terhadap Mysterio.
Kali ini, Mysterio berpeluang untuk menuntut bela di mana perlawanan ini telah dinamakan sebagai No Holds Barred dengan tiada sebarang sekatan ke atas mana-mana peserta untuk melakukan apa sahaja bagi membenam lawan masing-masing. Ini termasuk menggunakan senjata asing, mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga atau apa sahaja. Asalkan misi balas dendam akan terbalas dan seterusnya merampas kejuaraan daripada Lesnar.
Bagi Kejuaraan Universal yang kini telah berhijrah ke Smackdown, penyandang juara The Fiend Bray Wyatt akan menerima tentangan daripada bekas Juara WWE iaitu Daniel Bryan.
Setelah berjaya merampas kejuaraan utama Raw ini daripada Seth Rollins di acara WWE Crown Jewel bulan lalu, Wyatt tercari-cari pencabar baharu untuk kejuaraannya dan kriteria itu ditemui dalam diri Daniel Bryan. Justeru, di acara Smackdown awal bulan lalu, Wyatt bertindak menyerang Bryan di bilik persalinan sehingga menyebabkan Bryan tidak teragak-agak untuk menerima cabaran daripada bintang dengan persona berganda tersebut.
Berbeza dengan edisi sebelum ini, acara Survivor Series tahun ini tambah hangat apabila bukan sekadar Raw dan Smackdown akan bersaing untuk menentukan jenama manakah yang lebih dominan, malah jenama NXT turut sama akan memberi cabaran. Bermula tahun 2013, jenama NXT diketahui sebagai sebuah jenama pembangunan bakat untuk BBNU (budak baru nak up) dengan melahirkan generasi baharu pelapis untuk WWE. Namun kini mereka enggan terus dilabel sedemikian dan berusaha untuk membuktikan bahawa NXT adalah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan jenama Raw dan Smackdown.
Serangan demi serangan antara bintang-bintang NXT terhadap bintang-bintang di Raw dan Smackdown semakin rancak bertali arus. Menyebabkan bintang-bintang utama Raw dan Smackdown turut ‘mencemar duli’ dengan menceroboh arena NXT bagi mengajar bintang-bintang NXT yang sudah mula besar kepala.
Beberapa perlawanan melibatkan juara-juara di ketiga-tiga jenama bakal berentap dalam perlawanan bercorak tiga penjuru. Juara Wanita Raw Becky Lynch akan bertemu Juara Wanita Smackdown Bayley dan turut akan disertai Juara Wanita NXT Shayna Baszler.
Begitu juga pertembungan tiga juara pasukan beregu yang akan menyaksikan Juara Beregu Raw The Viking Raiders berhadapan dengan Juara Beregu NXT Bobby Fish dan Kyle O’Reily yang mewakili The Undisputed Era dan Juara Beregu Smackdown The New Day.
Juara kelas pertengahan pula akan mempertemukan Juara Amerika Syarikat AJ Styles yang mewakili Raw akan bertemu Juara Antara Benua Shinsuke Nakamura yang mewakili Smackdown manakala Roderick Strong selaku Juara Amerika Utara pula akan membawa panji NXT dalam pertempuran yang pastinya amat dinantikan oleh peminat yang mengikuti perjalanan karier mereka sekian lama.
Perlawanan penyingkiran tradisi lima lawan lima juga akan menampilkan 15 peserta dengan lima anggota setiap pasukan bagi mewakili jenama masing-masing. Setakat laporan ini ditulis, hanya pasukan Raw dan Smackdown sahaja telah menamakan ahli pasukan masing-masing.
Perlawanan penyingkiran tradisional Survivor Series wanita akan membariskan Natalya, Charlotte Flair, Sarah Logan dan Juara Beregu Wanita Kairi Sane dan Asuka. Pasukan Smackdown pula akan diwakili oleh Sasha Banks, Lacey Evans, Carmella, Nikki Cross dan Dana Brooke. NXT pula masih belum memuktamadkan wakil wanita mereka dalam perlawanan ini.
Bagi perlawanan eliminasi lelaki, pasukan Raw akan diwakili oleh Randy Orton, Drew McIntyre, Kevin Owens, Ricochet dan Seth Rollins. Manakala Smackdown pula akan mempertaruhkan ayam tambatan mereka iaitu Roman Reigns, Braun Strowman, King Corbin, Shorty G dan Mustafa Ali. Senarai bintang NXT pula masih samar-samar, namun dijangka ia akan diwakili oleh Juara NXT sendiri iaitu Adam Cole dan beberapa bintang utama di sana seperti Tommaso Ciampa, Johny Gargano, Velveteen Dream dan tidak mustahil, pengasas NXT iaitu Triple H.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan acara WWE Survivor Series 2019 secara langsung bermula jam 5.00 pagi pada 25 November ini di WWE Network saluran 821.
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWE Network. Saksikan acara NXT Takeover Wargames pada 24 November (Ahad) dan WWE Survivor Series pada 25 November ini (Isnin) serta kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,