'Sedetik wajahmu muncul dalam diam, Ada kerdipan, ada sinar, Itukah bintang ataupun rembulan, T'rima kasih kuucapkan.' Secara peribadi tidak pernah terlintas di fikiran penulis untuk jadi saksi lagu Kau Ilhamku berkumandang di bumi Paris.
Penulis tiba di hotel terkemuka tersebut selepas menerima jemputan pada saat akhir ketika membuat liputan Sukan Paralimpik 2024 -- sesi tukar pin di Perkampungan Atlet (bersama Salman Iqbal Butt) -- penulis tidak mengenali figura hebat ini pada ketika itu -- jadi asbab menerima jemputan eksklusif itu.
Siapakah Salman ? Pemilik wajah bengis ini merupakan jurulatih kepada Arshad Nadeem -- atlet Pakistan yang meraih pingat emas Olimpik Paris acara rejam lembing -- rekod baru temasya, 92.97 meter -- untuk diangkat sebagai penyumbang emas pertama oalhraga Pakistan.
Sebaik mengetahui hubungan Salman dan Arshad, penulis menzahirkan permintaan untuk bersua muka bersama jaguh dunia itu. Topik perbualan penulis bersama Arshad sudah pasti mengenai kilauan emas kontinjen negara yang masih belum menampakkan sinarnya.
Apa kaitan Man Bai & Emas Olimpik Malaysia #LA2028 ?
— karlnunis (@_karlnunis) September 25, 2024
Singgah sebentar di Stadium Astro ;https://t.co/HeFcw92WaY@ASTROARENA #KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/2YaE7DWTcR
Meskipun perbualan kami hanya berlangsung 15 minit, namun pengisiannya berjaya mengubah pemikiran skeptikal penulis terhadap buruan pingat emas Olimpik negara. Berikut merupakan saranan Arshad yang wajar dijadikan modul Misi Emas Olimpik Los Angeles 2028;
1) ATLET PROFESIONAL
- Atlet elit pada era moden bukan hanya tertumpu kepada prestasi semata-mata, malah harus bijak meningkatkan nilai komersial.
- Atlet harus menguasai teknik 'menjual' kejayaan diri demi menarik penajaan khususnya syarikat korporat untuk meningkatkan pendapatan, menampung perbelanjaan menjalani latihan di persekitaran terbaik dunia.
- Akaun media sosial peribadi boleh dijadikan medium utama melonjakkan nama untuk sentiasa kekal relevan.
2) TEKANAN, KAWAN ATAU LAWAN ?
- Aspek paling kritikal, kawalan tekanan setiap atlet ketika di temasya utama jadi penentu kejayaan atau sebaliknya.
- Mahir ketika berinteraksi bersama media massa (cetak/elektronik) & elak letak sasaran terlalu tinggi untuk dicapai.
3) SEMANGAT PATRIOTIK & JANGAN MENGELUH !
- Nilai yang harus sebati dalam jati diri setiap atlet sambil menekankan toleransi sifar terhadap sebarang perasaan untuk menyalahkan keadaan.
- Bertanggungjawab & jujur pada setiap kemenangan serta kekalahan, kerana ianya mencerminkan perwatakan anda selaku seorang atlet.
Sejujurnya, perkongsian Arshad ini meluaskan peranan dan tanggungjawab atlet yang menggalas imej dan reputasi negara di pentas antarabangsa.
Justeru, diharapkan segala inisiatif kerajaan untuk menyediakan program sukan terbaik menuju kitaran Olimpik harus digunakan sebaiknya atlet elit negara.