RENCANA
United perlu Bersatu!
Sejak tersingkir dari saingan liga juara-juara eropah di tangan Sevilla, skuad Manchester United dilihat terus dilanda berbagai kontroversi yang boleh menggugat prestasi pasukan.
Dari jurulatih, pemain hinggalah ke penyokong, berbagai isu timbul dan hangat di media antarabangsa.
Bermula dengan komen Jose Mourinho selepas tumpas di tangan Sevilla, beliau membuat kenyataan bahawa kekalahan dan tersingkir di liga juara-juara eropah bukanlah perkara baru buat United. Perkara tersebut ternyata mengejutkan peminat setia United dan turut mengundang kemarahan beberapa bekas pemain seperti Roy Keane.
Iklan
Tidak cukup dengan itu, Mourinho terus mencetus kontroversi apabila mengkritik persembahan Luke Shaw dalam Piala FA berdepan Brighton biarpun United berjaya mencatat kemenangan. Beliau menggelar beberapa pemain beraksi seperti seorang yang penakut.
Kegagalan beberapa tonggak utama beraksi dengan baik juga mula diperkatakan ramai pihak. Alexis Sanchez dikatakan masih belum mampu menyesuaikan diri beraksi di atas padang bersama rakan sepasukan, selain sering dilihat bersendirian pada sesi latihan. Paul Pogba yang mengalami kecederaan ringan juga masih belum mampu kembali ke kemuncak prestasi apabila gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama kebelakangan ini.
Terbaru, ada sekelompok penyokong tegar United yang tidak berpuas hati apabila United bakal berdepan Tottenham di Stadium Wembley. Mereka merasakan Tottenham tidak sepatutnya beraksi di Wembley yang merupakan stadium sementara mereka dan gelanggang rasmi skuad England. Mereka merasakan ianya adalah satu kelebihan buat Spurs kerana diibaratkan seperti beraksi di laman sendiri.
Dengan ada baki lapan lagi perlawanan liga dan saingan separuh akhir Piala FA, Dayang amat berharap agar United kekal sepakat dan bersatu agar tiada perpecahan berlaku yag mampu menjejaskan prestasi semasa pasukan.
Must-Watch Video