Old Trafford sudah mula kembali bergema dengan penyokong bernyanyi-nyanyi lagu “20 kali” sebagai mengingatkan jumlah kejuaraan yang telah mereka menangi.
Lagak dan lenggok pemain-pemain ketika membelasah Bournemouth 4-1, awal pagi tadi, kembali menjadi tontonan sambil tempoh bulan madu Ole Gunnar Solskjaer berlanjutan dalam kemenangan ketiga berturut-turut – sekalipun hanya sebagai pengurus sementara.
Di bawah pengawasannya, United telah menyumbat 12 gol dalam tiga perlawanan sambil kerakusan mereka ketika menundukkan Cardiff City 5-0 dan Huddersfield 3-1 sebelumnya, tidak keterlaluan boleh diandaikan untuk menganjing semua pembenci.

Suram yang menyelubungi stadium ‘Theatre of Dreams’ itu turut semakin berlalu pada ketika Manchester United menamatkan tahun 2018 dengan memberi harapan tahun baru esok akan membawa bersamanya harapan dan keyakinan baru.
Ia satu pemandangan yang sudah lama tidak disaksikan. Hanya dua minggu lalu, pemain-pemain United yang sama tiada pun kelancaran gerakan, jauh sekali nafsu memburu jaringan, ketika kebebasan mereka dirantai Jose Mourinho yang membawa kepada pemecatannya.
Itu harus antara keputusan terbaik yang dilakukan Lembaga Pengarah United sepanjang 2018 dan harus kini mereka berkira-kira untuk menamatkan pencarian seorang pengurus baru dengan mengesahkan Solskjaer dalam jawatannya.
Dendam dan rasa sakit hati – andai dieksploitasi dan dipupuk dengan betul – boleh memotivasikan. Itulah juga yang dilakukan Solskjaer terhadap pemain-pemainnya.
Lihatlah Paul Pogba, Anthony Martial dan Marcus Rashford – tiga pemain yang memusuhi dan dimusuhi Mourinho – beraksi seolah-olah hayat mereka bergantung kepada perlawanan itu.
Pogba, yang tidak berhenti-henti berlari sepanjang permainan, menyumbangkan dua gol untuk menamatkan bulan Disember ini dengan empat gol dan tiga bantuan jaringan dan bertepatan sekali dinamakan pemain terbaik perlawanan.

Solskjaer belumpun membawa masuk sebarang pemain baru kecuali menerapkan semula keseronokan bermain dan kebebasan memperagakan skil masing-masing dengan berminda menyerang untuk meraih kemenangan.
Sebagai seorang legenda United, dia turut menunjukkan rasa hormat terhadap setiap seorang pemainnnya sebagaimana rasa hormat mereka dituntut terhadapnya.
Pertemuan selanjutnya dengan Newcastle United (A), Khamis ini, dan pusingan ketiga Piala FA menentang Reading (H), Sabtu ini, harus mencukupi bagi menyediakan The Red Devils untuk berdepan ujian getir Tottenham (A) pada 14 Januari nanti.
Tapi, buat ketika ini, gema sorakan “Olé! Olé! Olé!” di Old Trafford awal pagi tadi kedengaran amat membingitkan.