Rekod 28 perlawanan tanpa kalah Manchester United di tempat lawan akhirnya lebur dalam suku akhir Piala FA menentang Leicester City.
Dengan kekalahan itu, satu-satunya peluang realistik untuk United meraih trofi musim ini adalah dalam Liga Europa, atau ia bakal menjadi musim keempat berturut-turut The Red Devils berakhir dengan tangan kosong.
Rata-rata media massa nampaknya menyalahkan keputusan taktikal Ole Gunnar Solksjaer dan sejujurnya ia tidak pun menghairankan.
Antara yang disebut-disebut, cukup ramai peminat tertanya-tanya mengapa dia memutuskan untuk menggantikan Paul Pogba dan Donny Van De Beek yang beraksi cemerlang tetapi mengekalkan Fred yang hancur-lebur persembahannya?
Mengapakah pemain terbaik mereka musim ini, Bruno Fernandes, tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan sepenting ini?
Adakah Solksjaer turut terlupa yang Leicester sedang menduduki tangga ketiga dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini dan mereka turut berjaya memberikan tentangan hebat kepada United pada Boxing Day tahun lalu?

Gabungan pemain tengah Leicester, Wilfred Ndidi dan Youri Tielemans jelas sekali jauh lebih mantap daripada barisan pemain United dan ini dibuktikan sewaktu Ndidi memperdayakan Nemanja Matic dan Fred untuk melorongkan bola kepada Tielemans menjaringkan gol kedua buat The Foxes.
Malah, dua gol Leicester boleh dikatakan berpunca daripada kesilapan Fred.
Dalam gol pertama yang dijaringkan oleh Leicester, Fred beraksi seolah-olah sebagai pemain ke-12 untuk Leicester, di mana dia tanpa sengaja melorongkan bola yang cukup cantik sekali ke arah Kelechi Iheanacho dan penyerang warga Nigeria tersebut melakukan penyudah dengan mudah.
Menurut akhbar Manchester Evening News, ada tiga masalah utama tentang Fred: dia tidak mahir menghantar bola, tidak mahir merampas bola dan tidak mahir melakukan rembatan, satu rumusan yang cukup tepat untuk menggambarkan persembahannya kelmarin.

Namun, pujian harus diberikan kepada pemain United yang lain, di mana mereka tidak hilang semangat selepas gol pertama dan bergegas bangkit.
Alex Telles meleraikan perbalahan di antara Fred dan Harry Maguire manakala Marcus Greenwood menuding-nuding ke arah kepalanya selepas menjaringkan gol penyamaan, satu isyarat supaya rakan sepasukannya bertenang.
Malang sekali, pada akhirnya ia cukup jelas bahawa Leicester adalah pasukan yang lebih baik.
Dalam temu bual pasca perlawanan, Solksjaer mempertahankan keputusan taktikalnya dengan mengatakan Fernandes dilanda masalah kecergasan akibat berhempas-pulas dalam perlawanan Liga Europa minggu lalu manakala tindakannya menggantikan Pogba dan Van De Beek turut dilakukan kerana dia meragui stamina kedua-duanya.
Selepas lebih kurang dua tahun menerajui United, kaliber Solksjaer sebagai ketua jurulatih tidak harus dipertikaikan, setidak-tidaknya dia ternyata lebih cemerlang daripada Louis Van Gaal.
Namun, kesilapan taktikal yang dipertunjukkan semalam pastinya tidak akan dilupakan dengan mudah oleh peminat setia United.