Saya sebenarnya sudah lama bangkitkan isu ini, mengapa Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tidak sensitif mengenai piala?
Sudahlah Liga Hoki Malaysia kurang penonton, tiket pun tidak berani dijual, kali ini Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pula terpaksa menunggu lebih lama untuk menjulang piala liga.
Buat apa disimpan piala di pejabat?
Bagi sajalah kepada Unikl, mereka sudah menunggu sembilan tahun untuk menjuarai liga.
KHM ambil keputusan menyerahkan piala liga sekali gus dengan Piala TNB selepas final, 2 Mac depan.
Ketika itu jika Unikl tidak menjuarai Piala TNB, adakah mereka masih ada nafsu untuk menjulang piala liga?
Saya bertanya perkara ini kepada pengendali Unikl, Arul Selvaraj, "Saya tidak berani komen. Nanti
kena tindakan".
"Memang baik untuk menjulang piala liga kerana ia hak pemain dan penyokong Unikl tapi semua itu
keputusan KHM. Biarlah mereka buat keputusan".
Saya lihat KHM setiap tahun terlepas peluang untuk mempromosikan hoki secara maksimum. Antaranya:
1) Jualan tiket.
Ini cara badan induk mendidik peminat untuk lebih menghargai sukan. Harga tidak perlu mahal, RM5 mungkin realistik. Pendapatan itu nanti boleh digunakan untuk merancakkan liga atau menjaga kebajikan pemain, jurulatih atau pegawai liga.
2) Penyampaian trofi
Liputan media atau tumpuan peminat lebih rancak jika trofi diserahkan kepada juara sebaik tamat saingan. Liga Hoki Wanita juga mengalami masalah sama. Daripada sepatutnya ada empat majlis, kini hanya ada dua saja - merugikan.
3) Anugerah Hoki Kebangsaan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) lebih sensitif apabila menganjurkan Anugerah Bolasepak Kebangsaan lebih kurang seminggu selepas tamat Piala Malaysia, iaitu ketika aura masih hangat. Hoki? Beraksi sampai Sukan Olimpik, Piala Dunia tetapi saguhati diberi secara senyap-senyap.
Saya membandingkan dengan cara kancah hoki India menganjurkan liga mereka.
Bukan soal cara bidaan mendapatkan pemain terbaik dunia, sebaliknya bagaimana mereka menguruskan sesebuah perlawanan -- macam buat persiapan kenduri kahwin.
Sama ada jualan tiket, jumlah penonton ke stadium, hiburan ketika rehat separuh masa dan cara meraikan gol. Semua sama penting.
Itu belum lagi cara mereka menganjurkan Piala Dunia 2018!
Sepatutnya KHM perlu berevolusi dalam menganjurkan liga. Sudahlah jumlah pasukan makin merosot, hati mereka perlu dijaga.