Umum, khususnya peminat Manchester United, sudah pasti sedang menikmati rentetan lima kemenangan yang diraih The Red Devils sejak pelantikan Ole Gunnar Solskjaer menggantikan Jose Mourinho selaku pengurus pasukan.
Kejayaan mencipta dua rekod -- lima kemenangan berturut-turut mengatasi catatan Sir Matt Busby yang melakukannya bersama United pada 1946 serta pengurus pertama di pentas tertinggi England yang menang dalam lima aksi pertama dengan sekurang-kurangnya perbezaan dua gol sejak format liga diperkenalkan pada 1888 -- ternyata menjadikan pengendali sementara dari Norway itu satu punca untuk warga Old Trafford kembali tersenyum.

Namun, adakah kutipan 16 gol dan dibolosi tiga jaringan menjadi kepastian bahawa kesuraman dalam kem United sudah terpadam?
Masih menduduki tangga keenam liga selepas 21 perlawanan, kemampuan Solskjaer menduduki kerusi panas United akan teruji sepenuhnya menjelang aksi ke-22 berdepan Tottenham Hotspur, awal pagi Isnin ini.
Benar, Solskjaer telah mengembalikan harapan besar dalam diri setiap peminat United sejak kembali ke Old Trafford, 19 Disember lalu, tetapi dalam masa sama, jika dilihat sekilas pandang kepada lawan yang telah ditemui, Mourinho juga mampu meraih kemenangan dan hanya corak permainan yang membezakan dua pengendali itu.
Justeru, aksi di Wembley awal minggu depan bakal memberikan cabaran sebenar buat Solskjaer atas beberapa faktor.
Pertama, United hanya mengutip dua mata dalam aksi menentang lima pasukan teratas musim ini, termasuk kekalahan 3-0 di tangan Spurs dalam perlawanan ketiga liga 28 Ogos lalu. Jadi, kredibiliti Solskjaer dalam menangani cabaran menentang kelab atasan England bakal teruji dan peminat United sudah pasti mendambakan kemenangan.

Dalam masa sama, enam mata yang membezakan Spurs dengan pendahulu liga, Liverpool, juga memberi petanda bahawa skuad kendalian Mauricio Pochettino itu tidak mampu untuk meraih sebarang keputusan selain kemenangan, lebih-lebih lagi selepas dikejutkan Wolverhampton Wanderers 3-1, 29 Disember lalu.
Selain itu, Solskjaer juga berdepan pasukan keempat melepaskan jaringan paling sedikit -- selepas Liverpool, Manchester City dan Chelsea -- tatkala Spurs hanya dibolosi 21 gol.
Justeru, Solskjaer perlu memastikan kegarangan gandingan Marcus Rashford, Anthony Martial dan Jesse Lingard yang membenam Cardiff City, Huddersfield Town, Bournemouth serta Newcastle United dibuktikan sekali lagi.

Keputusan seri di Wembley awal pagi Isnin nanti mungkin boleh 'dimaafkan' peminat United tetapi ia tentu meragut peluang The Red Devils untuk meneruskan usaha meraih sekurang-kurangnya kelompok empat terbaik musim ini.
Jadi, Solskjaer tiada pilihan selain memastikan skuad bimbingannya itu melanjutkan rentetan kemenangan kepada enam perlawanan atau United semakin kehilangan taring setiap kali menentang kelab besar di England.