Di sebalik nama-nama besar yang membarisi skuad Barcelona seperti Lionel Messi, Philippe Coutinho dan Luis Suarez, kelibat Ousmane Dembele sering ditunggu oleh sebahagian besar peminat Catalan.
Pemain berusia 21 tahun itu mencuri tumpuan apabila melengkapkan perpindahan mengejut bernilai GBP96.8 juta (RM511 juta) daripada Borussia Dortmund sewaktu musim panas tahun lalu sehingga muncul sebagai pemain ketiga termahal dunia ketika itu.
Mempunyai kelebihan menggunakan kedua-dua belah kaki, penampilan Dembele ketika di Signal Iduna Park telah mencatatkan statistik memberangsangkan sehingga mencuri perhatian pengendali Barca, Ernesto Valverde.

Bagaimanapun, pemain yang memulakan karier profesional bersama kelab Perancis, Rennes, itu dilihat bergelut untuk menterjemahkan aksi lincah dalam Bundesliga sebaik sahaja tiba di Sepanyol, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai pelaburan besar yang dilakukan Barca untuknya.
Musim lalu menyaksikan Dembele hanya melakukan 17 penampilan liga buat Barca, iaitu 46 peratus kurang daripada aksinya di Dortmund bagi saingan Bundesliga.
Namun, catatan empat gol dan enam bantuan jaringan liga bagi musim 2017/18 tampak sudah mula diperbaiki oleh pemain sayap berketinggian 178 sentimeter itu dalam musim keduanya di Camp Nou.
Belum memasuki musim Krismas, Dembele telah meraih sebanyak lapan gol musim ini, termasuk jaringan hebat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Tottenham Hotspur, Rabu lalu.

Jaringan yang membolehkan Barca mengikat Spurs 1-1 di laman sendiri itu semestinya memberikan harapan buat peminat Catalan dalam generasi baru tatkala usia Suarez dan Messi yang semakin meningkat.
Namun, soal disiplin yang sering dikaitkan dengan Dembele seharusnya diperbaiki atau ia sekadar menjadi salah satu punca untuk bintang muda Perancis itu tenggelam di masa akan datang.
Isu tidak mahu menyertai sesi latihan kerana mahu berhijrah, lewat menyertai rakan sepasukan serta beberapa insiden negatif lain perlu dielakkan Dembele tatkala namanya mula menjadi perhatian ramai.

Sama ada terus menyinar seperti Kylian Mbappe atau ingin menjadi pemain senasib Hatem Ben Arfa, Samir Nasri atau Nicolas Anelka yang sering dikaitkan dengan isu disiplin, Dembele sahaja memiliki jawapannya.