RENCANA
Tulis salah! Tak tulis serba salah! Tulis je lah...
Kesian Bolasepak Malaysia.Tak pernah sunyi dengan cerita yang tak ada kesudahan.Baru dalam proses nak perbetul walaupun dah lama tunggu sebenarnya tapi tetap sabar.
Kredit imej: HarimauMalaysiaofficial
Datang macam-macam halangan dan konflik yang menambah cerita tak elok yang dah berbakol dalam simpanan FAM.
Buat Datuk Ong,Saya masih optimis. Ingat lagi masa Dollah Salleh bawa pasukan muncul Naib Juara AFF, ramai kawan kawan tak percaya dengan apa saya rasakan iaitu,Shukor Adan dan rakan-rakan mampu melangkah jauh walaupun sekadar ASEAN.Tak la jauh sangat.
Iklan
Tapi persembahan semalam cukup jadi perhatian dan cukup buat mata saya terbeliak dengan aksi barisan pertahanan.Ketiadaan Aidil sangat dirasakan. Ada satu dua pemain di bahagian belakang tenang sangat sampai 2 gol paling mudah diperoleh lawan. Bukan bahaya pun.Saya paham 14 pemain yang dibawa Datuk mungkin ambil masa nak bentuk balik.Tapi sekurang-kurangnya elak la buat kesilapan budak sekolah tu.
Bahagian tengah juga berhempas pulas selepas ketiadaan "Copot". Kita kena akui hakikat dan realiti.Tak ada kreativiti seperti suami Zandra. Suami Zandra kreatif dengan killer pass dan juga kematangan memulakan serangan.Bukan kata Badrol Bakhtiar tak bagus tapi perlu ada bantuan untuk Bad juga. Ni dia la hantar dia la amik sepakan penjuru.Letih la.
Penyerang Wak Am a.k.a Amri Yahya tetap tenang dan bekerja keras.Kena bagi tabik spring kat budak Tanjung Karang ni.Saya ingat kalau orang lain mesti payah nak terima tugas selaku ketua pasukan baru dengan pasukan terumbang ambing.
Kesimpulan mudah, Datuk Ong kena panggil lagi pemain pemain muda ditambah senior 2 atau 3 orang lagi. Datuk kena kuat hadapi rintangan ni. Baru 3 kosong bukan 10. Ada masa lagi perbaiki kelemahan. Yang penting pemain-pemain pun perlu keluar dari zon tekanan dan lain-lain agar segalanya kembali berpihak kepada kita.
Nindia
(sebut dalam nada perlahan tapi senyum)
Budak Kulim.
Must-Watch Video



