RENCANA
T-Team perlu tarik peminat Terengganu
Hanya tinggal beberapa perlawanan lagi, Piala Malaysia akan sampai ke kemuncaknya, dengan empat pasukan terbaik -- Selangor, Kedah, PDRM dan T-Team -- telah layak ke peringkat separuh akhir.
Walaupun saingan piala tertua ini tidak mempunyai makna kepada sesetengah persatuan dan peminat, tetapi kepada pemain, ia merupakan hadiah dan juga koleksi simpanan sekiranya mereka bersara nanti.
Sebagaimana yang kita ketahui, dua pasukan kelab telah membuat kejutan apabila menewaskan lawan mereka yang gagah dan berpengaruh.
Dengan kejayaan ke peringkat separuh akhir ini, ia sudah tentu akan meningkatkan imej dan jenama pasukan itu di kalangan peminat-peminat bola sepak tanah air.
Iklan
Sudah pasti pencapaian prestasi yang membanggakan daripada kedua-kedua pasukan ini akan melegakan pengurusan pasukan.
Sementara pengurusan pentadbiran pula perlu memainkan peranan mereka, terutama bahagian pemasaran, bagaimana untuk menarik peminat-peminat bola sepak berada di belakang kedua-dua pasukan ini.
Bukan mudah untuk kedua-kedua pengurusan pentadbiran menarik minat peminat-peminat untuk bersama-sama pasukan mereka, tetapi pengurusan pemasaran perlu bijak mengambil kesempatan, terutama pasukan T-Team.
Pengurusan pemasaran perlu membuat kempen untuk menarik peminat-peminat pasukan Terengganu berdiri bersama mereka memandangkan pasukan Terengganu telah kecundang lebih awal dalam saingan Piala Malaysia.
Dengan prestasi yang begitu baik, pengurusan T-Team perlu mengangkat serta menjulang skuad mereka menerusi media-media sosial serta membuat satu tawaran hadiah atau pun pakej kepada peminat Terengganu supaya bersama-sama T-Team.
Ambillah kesempatan daripada kemerosotan pasukan abang sulung, Terengganu.
Gambar: T-Team FC
Must-Watch Video



