Trio recurve lelaki negara diketuai Khairul Anuar Mohamad mengganas di Taiwan.
Siapa sangka, gabungan semula Khairul, Haziq Kamaruddin dan Akmal Nor Hasrin cipta kejutan layak ke final recurve berpasukan lelaki untuk menentang juara Sukan Olimpik Rio 2016, Korea Selatan.
Apa yang menarik, mereka sudah lama tidak digabungkan ekoran peningkatan beberapa pemanah muda.
Namun Pengarah Kejurulatihan, Lee Jae-Hyung menyatukan mereka di Taiwan dan hasilnya, membanggakan.
Malaysia menewaskan Filipina pada suku akhir sebelum menumbangkan tuan rumah pada kelompok 4 terbaik.
Tugas menewaskan Korea Selatan memang sukar tetapi Khairul sudah membuktikan pada Kejohanan Dunia di Belanda, Jun lalu - ia bukan mustahil.
Naib juara dunia recurve individu itu menumbangkan seorang demi seorang jaguh dunia sebelum tewas kepada wakil Amerika Syarikat, Brady Ellison menerusi shoot off.
Jika Malaysia membawa semangat sama ke final, tidak mustahil kejutan terbesar kejohanan boleh dilakukan sekali gus menyingkirkan juara Sukan Olimpik.
Pujian juga buat trio wanita yang layak ke final untuk berdepan Australia dalam perebutan emas.
Moga prestasi ini meningkatkan keyakinan mereka untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.