Keputusan seri menentang pendahulu liga, Liverpool dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford dilihat merupakan tonik terbaik buat Manchester United untuk terus kekal bersaing dan kembali bangkit menjadi pencabar utama di liga.
Selepas beberapa aksi longlai dan tidak bermaya dalam perlawanan liga, sehingga ada yang mempersoalkan kredibiliti Ole Gunnar Solskjaer, barisan pemain United menampilkan aksi berbeza sewaktu berdepan The Reds.
Perkara ini turut diakui pengendali Liverpool, Jurgen Kloop yang setuju bahawa pemain United menampilkan kualiti berbeza sehingga memberi kesukaran kepada pemainnya untuk mendapatkan jaringan gol. Kloop mengakui bahawa hanya di penghujung babak kedua, baru Liverpool mempamerkan aksi sebenar dan memberi tekanan kepada pihak lawan.
Disaat ramai peminat di luar sana mempersoalkan keputusan pengadil memberikan gol kepada United, biarpun video perlahan menunjukkan ada sedikit kekasaran berlaku kepada Divock Origi sebelum jaringan dilakukan, namun keputusan telah pun dibuat dan tiada apa yang mampu mengubahnya. Liverpool seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menembusi gawang United di awal permainan biarpun serangan bertali arus dilakukan barisan serangan yang diketuai Sadio Mane dan Roberto Firmino.
Bagi The Red Devils pula, keputusan seri adalah satu kejayaan berdasarkan kedudukan semasa mereka. Bukan mudah bagi pasukan besar yang menduduki tempat ke 13 sebelum perlawanan dan berdepan pasukan yang masih belum tewas di saingan liga.
Perlawanan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa masalah utama United bukanlah di barisan pertahanan. Mungkin posisi tengah dan serangan yang perlu ditambah baik. Mungkin juga kehadiran bekas pengurus United di padang latihan, Sir Alex Ferguson memberikan motivasi terbaik kepada barisan pemain untuk kembali kepada prestasi sebenar dalam perlawanan menentang Liverpool. Tetapi apa yang lebih penting, pemain United kini mendapat tonik terbaik untuk menghadapi saingan liga yang seterusnya.