Dua topik paling hangat dibincangkan oleh media sukan minggu ini sudah tentu mengenai konflik FAS yang dibongkarkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Satu lagi topik hangat sudah tentu bagaimana Manchester United tewas perlawanan pertama mereka berdepan Crystal Palce di Old Trafford.
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) benar-benar diuji kali ini dari dalam dan luar padang.
Jika di atas padang, kegagalan mencipta kemenangan dalam beberapa perlawanan sejak liga bersambung selepas PKP akhirnya menjerumuskan mereka kepada satu situasi sukar apabila dibelasah JDT 6-1.
Berikutan keputusan perlawanan itu, tindakan drastik diambil apabila jurulatih, B.Sathianathan akhirnya diberhentikan serta merta pada Isnin lalu.
Kisah di luar padang pula, isu 'mencuri' pemain Pahang, Mohamadou Sumareh, menjadi perbualan hangat selepas urusan bagaimana proses mendapatkan pemain itu dibongkarkan oleh TMJ.
Bukan itu sahaja, malah TMJ turut membidas segelintir individu dalam persatuan yang diibaratkan bekerja untuk kepentingan peribadi dan bukan atas sebab cintakan bola sepak.
Satu lagi topik hangat ialah bagaimana skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer diayam-ayamkan oleh Crystal Palace. Disaat banyak pihak meletakkan harapan untuk United menjadi salah satu pesaing utama merebut kejuaraan liga, mereka bermula langkah kiri apabila terkulai layu dengan persembahan buruk biarpun dibarisi pemian utama dalam kesbelasan utama.
Mesti korang ada banyak benda nk sembangkan? Nanti boleh telefon dan luahkan apa yang tak puas hati kerana tiga topik ini akan penulis bincangkan dalam rancangan "Berbulu Dengan Burn' yang akan dibuat secara Live FB di Facebook Astro Arena pada Khamis 24 September jam 3 petang.
Nak tahu benda lagi best? penulis akan bersiaran langsung dengan salah seorang legenda bola sepak Malaysia, Safee Sali. Jadi nak sembang dengan lebih lanjut, jangan lupa tengok dan telefon 03-77850801. Nak kutuk ke, nak maki ke boleh tiada masalah cuma kena berhemah ye kawan-kawan.