“Bermain untuk Real Madrid umpama menyentuh langit,” kata Juanito, penyerang legenda kelab berjersi putih itu dari 1977 hingga 1987 yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 1992.
Bagi Zinedine Zidane, proses menggapai awan bermula dengan sehelai tisu yang tertulis “mahukah anda datang dan bermain di Madrid?” dalam bahasa Perancis, disampaikan kepada pemain itu yang masih menyarung jersi Juventus, pada satu majlis anugerah Liga Juara-juara Eropah di Monaco.
Yang menulisnya presiden Real, Florentino Perez, yang duduk di meja bersebelahan di majlis itu pada 2001.
Sejak menjawab “oui” yang membawa maksud ya, Zidane tidak syak lagi menggapai langit selaku pemain dan jurulatih di Real.
Sebagai pemain, voli kaki kirinya ketika menewaskan Bayer Leverkusen pada 2002 menjamin kemenangan Real yang kesembilan dalam saingan Liga Juara-juara Eropah, asalnya dikenali sebagai Piala Eropah.
Selaku pemain juga, Zidane bukan seperti tiga tonggak Les Bleus 1998-2000, Didier Deschamps, Marcel Desailly dan Laurent Blanc.
Deschamps ibarat jurulatih dalam bilik persalinan dan di padang. Deschamps lantang berkomunikasi, pakar motivasi dan bijak dari sudut pengetahuan taktikal manakala Blanc dihormati kawan dan lawan.
Desailly petah berbicara dan seorang pemimpin semula jadi tetapi Zidane pendiam dan tidak menunjukkan ciri-ciri bakal menjadi jurulatih berwibawa.
Namun di Real, Zidane diberi ruang untuk belajar semula dari bawah.
Selaku pengarah sukan Real sewaktu Jose Mourinho menjadi bos pada 2011, Zidane didedahkan dengan pengurusan modal insan.
Selain memujuk bek tengah, Raphael Varane, berhijrah dari Lens, Zidane mengembalikan Karim Benzema ke landasan kecergasan di Espace Henri Chenot di pergunungan Alps.
Diangkat menjadi penolong Ancelotti pada 2013, sebelum belajar mengurus Real Madrid B, termasuk anaknya sendiri, Enzo, Zidane memulakan kerjaya jurulatihnya di bumi nyata.
Mengetepikan egonya, kembali menyarung but, meletakkan kon dan mengendalikan latihan, berjoging bersama anak buah serta berkhidmat demi pasukan, Zidane belajar selok-belok mengurus pasukan di sebalik status sebagai legenda.
Rekodnya selaku jurulatih bersama skuad Castilla atau barisan simpanan Real tidak begitu meyakinkan. Zidane tidak tahu sama ada falsafahnya dalam menyimpan bola dan menguasai permainan sesuai atau tidak.
Dia juga seolah-olah tidak yakin mengendalikan sesi latihan pada awalnya, menurut Guy Lacombe, bekas jurulatihnya di Cannes yang ditugaskan menjadi mentor Zidane sepanjang kursus lesen profesional UEFA pada 2014.
Tapi Zidane tergolong dalam kelompok manusia yang menerima nasihat.
Dia tidak jemu mendengar dan belajar. Selain Lacombe, turut kagum dengan sifat merendah diri Zidane ialah Pep Guardiola dan Marcelo Bielsa – dua jurulatih yang dikunjungi bekas perancang Perancis itu dalam mengikuti kursus UEFA.
Dalam sesi empat hari sebanyak 14 kali mengikuti kursus ekonomi dan undang-undang sebagai sebahagian proses mendapatkan diploma Pengurusan Sukan di Pusat Perundangan Sukan dan Ekonomi (CDES) di Universiti Limoges dari 2011 hingga 2013, Zidane menunjukkan ciri-ciri kepimpinan sejati dengan ketegasan mempertahankan prinsip.
Diadunkan dengan pengalaman sebagai juara Piala Dunia 1998, juara Eropah 2000 dan pemenang Ballon d’Or 1998 serta Pemain Terbaik Anugerah FIFA 1999, 2000 dan 2003, Zidane memiliki karisma yang tiada tolok banding.
Warga Perancis pertama ditugaskan membimbing Real, Zidane menjadi individu keenam yang memenangi Primera Liga selaku pemain dan jurulatih – sesudah Miguel Munoz, Luis Molowny, Jorge Valdano, Vicente del Bosque dan Bernd Schuster.
Lebih mengagumkan, kejayaan Real menewaskan Juventus 4-1 dalam final Liga Juara-juara Eropah di Cardiff, awal pagi tadi, menjadikan Zidane berada dalam kelas tersendiri.
Jika tahun lalu Zidane mengiringi Munoz dan Del Bosque selaku bekas pemain Real yang memenangi gelaran Eropah sebagai jurulatih, legenda Perancis itu menjadi jurulatih pertama mempertahankan gelaran serta merencanakan kejayaan Real dalam liga dan Eropah untuk kali pertama sejak 1958!
Begitulah beruntungnya individu yang masih digelar Yazid oleh keluarga dan rakan-rakannya di Marseille dan Cannes.
Tentu sekali Munoz beruntung ada Alfredo di Stefano dan Ferenc Puskas pada 1960 manakala strategi Del Bosque berteraskan kemahiran Zidane di padang pada 2002.
Zidane pula bertuah menaungi mesin pencetak gol, Cristiano Ronaldo, Gareth Bale, Benzema, Isco, Luka Modric dan Casemiro.
Sistem penggiliran Zidane juga menggembirakan anggota skuadnya.
Dibantu panel kejurulatihan dianggotai penolong setia, David Bettoni, pakar kecergasan Antonio Pintus dan Dr Javier Mallo, pakar pemulihan otot, Hamidou Msaidie serta jurulatih penjaga gol, Luis Llopis, Zidane mempunyai kelompok pembantu yang setia dan efektif.
Tidak seperti Mourinho yang gemar berkonflik dengan media, pemain dan jurulatih lain, Zidane ada formula berbeza.
Tidak seperti Ancelotti yang tidak pernah memenangi gelaran bersama Itali tetapi mengecap sukses bersama AC Milan dan AS Roma sebagai pemain, Zidane memenangi setiap gelaran utama bersama Perancis, Juventus dan Real.
Karisma individu berjaya ini diterjemahkan dalam mencetus inspirasi kepada anak buahnya.
Dalam menjuarai Primera Liga 2016/2017, Real mengumpul 86 mata, mengatasi Real di bawah Munoz (84), Barcelona kendalian Guardiola (82) dan Real diterajui Mourinho (80).
Di sebalik rentetan kejayaan peribadi yang mewarnai hidup Zidane, dia masih ingat detik-detik bapanya, Smail, yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan pasaraya Casino, mengurut kakinya yang penat bermain.
Individu-individu berpengaruh di Malaysia harus belajar daripada Zidane.
Sekalipun menggapai awan, hidup Zidane masih lagi berlantaikan bumi. Tidak bongkak dan bijak menyantuni semua pihak meskipun menjadi pujaan jutaan penduduk bumi.
Tidak seperti beberapa tokoh sukan di Malaysia.