Tahniah diucapkan kepada Ole Gunnar Solskjaer apabila dilantik secara rasmi selaku pengurus tetap Manchester United dengan kontrak selama tiga tahun. Penulis merasakan itu adalah keputusan paling tepat yang dibuat pihak pengurusan selepas prestasi luar biasa dibawah bimbingan OGS.
Penulis merasakan ada tiga faktor utama yang menjadi penyebab utama mengapa OGS kini menjadi pengurus tetap di United:
Budaya dan DNA
Solskjaer bermain lebih dari sepuluh tahun di United dan selama itu, beliau berada di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson. Jadi secara tidak langsung, OGS mempunyai pemahaman budaya dan DNA yang cukup mendalam mengenai Manchester United. Dalam tempoh kurang dari empat bulan mengendalikan United, The Red Devils kembali mempamerkan corak menyerang yang cukup sinonim dengan mereka, selain segera berjaya mengembalikan keyakinan pemain dan peminat yang lesu dengan pengurus lama.
Motivasi Tinggi
Dalam masa yang begitu singkat, suasana di Old Trafford berubah dari mendatar kepada sesuatu yang begitu mengujakan. Bagaimana OGS berjaya menaikkan motivasi setiap pemain United yang secara tidak langsung menyaksikan ia terkesan kepada penyokong Red Devils di seluruh dunia. Sebagai bukti, lihat sahaja persembahan perubahan persembahan pemain seperti Paul Pogba, Luke Shaw, Victor Lindelof dan juga Ander Herrera. Bahkan, pemain pasukan belia yang dibawa ke skuad utama turut mendapat peluang beraksi dan bermain dengan baik.
Tuah Si Baby Face
Tidak dapat dinafikan, pemain yang terkenal dengan gelaran babyface ini amat bertuah. Sebagai pemain, biarpun tidak kerap diletakkan dalam kesebelasan utama, namun tugasnya selaku pemain “supersub” sering saja membuahkan hasil. Paling diingati sudah tentu detik pada final Liga Juara Juara Eropah 1999.
Disaat pengurus-pengurus hebat seperti David Moyes Louis Van Gaal dan Jose Mourinho sering bertukar ganti, entah dari mana munculnya OGS yang masih cetek dari segi pengalaman selaku pengurus, namun berjaya membawa sesuatu hasil yang luar biasa dalam masa yang singkat.
Setakat ini, segalanya nampak baik baik sahaja buat OGS, mungkin beliau harus memberikan tumpuan untuk baki perlawanan musim ini, selain merencana percaturan pasukan untuk musim baru nanti, kerana disitulah permulaan sebenar buat OGS.