Bola sepak England kini dilihat sedang meniti laluan untuk kembali muncul salah sebuah pasukan disegani dalam saingan di pentas Eropah serta dunia.
Selepas melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Dunia di Russia sebelum menduduki tangga keempat keseluruhan susulan kekalahan di tangan Belgium, skuad The Three Lions terus mempamer kecemerlangan.

Terbaru, juara dunia 1966 itu mengejutkan Sepanyol dan Croatia untuk mengungguli Kumpulan 4, Liga A saingan Liga Negara-Negara UEFA, sekali gus layak ke separuh akhir edisi sulung kejohanan, mengiringi tiga lagi pasukan, iaitu Portugal, Belanda dan Switzerland.
Ternyata pengendali The Three Lions, Gareth Southgate, telah mencipta DNA baru dalam pasukan untuk mengembalikan martabat bola sepak England di pentas dunia tetapi selepas apa yang diraih, ia masih belum cukup untuk memuaskan hatinya.
Tatkala nama-nama seperti Jamie Vardy, Gary Cahill dan Ashley Young telah mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa, Southgate dilihat mungkin cuba membawa masuk pemain-pemain muda ke dalam skuad sebagai persiapan jangka panjang.

Mungkin kelibat bintang seperti Harry Kane, Raheem Sterling, Dele Alli dan Marcus Rashford seakan-akan hampir pasti untuk mengesahkan tempat dalam setiap perancangan Southgate bagi menghadapi aksi separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA, saingan kelayakan EURO 2020 serta Piala Dunia 2022.
Namun, kebangkitan beberapa pemain muda di peringkat kelab berpotensi untuk mengubah fikiran Southgate, seterusnya menggantikan nama-nama yang kurang menyerlah seperti Ruben Loftus-Cheek dan Fabian Delph.
Selepas bintang muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho, diletakkan dalam kesebelasan utama sewaktu aksi persahabatan bertemu Amerika Syarikat, 16 November lalu, kini pemain muda Arsenal, Reiss Nelson, dijangka akan disenaraikan oleh Southgate dalam pasukan bersama permata baru Manchester City, Phil Foden.

Selain itu, persembahan cemerlang yang dipamerkan Ryan Sessegnon musim lalu sehingga membantu Fulham dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris juga dilihat berpotensi untuk menarik minat Southgate bersama pemain Chelsea berusia 19 tahun yang sedang menikmati kempen hebat sejak dipinjamkan ke Derby County, Mason Mount.
Pemain kelahiran Stafford yang sedang menyarung jersi Wolverhampton Wanderers, Morgan Gibbs-White, juga dikatakan bakal diberi peluang untuk membuktikan kemampuan di peringkat antarabangsa dan jika kelima-lima nama yang disebutkan merupakan pemain di bahagian tengah atau serangan, muncul satu nama tunggal di barisan pertahanan.

Aaron Wan-Bissaka mencuri perhatian apabila tampil dalam 11 perlawanan bersama Crystal Palace musim ini dan pada usia 20 tahun, ia semestinya satu pencapaian yang membanggakan buat pemain yang mula dikesan bakatnya ketika berusia 11 tahun itu oleh The Eagles.
Situasi yang berlaku ini membuktikan bola sepak England kini kembali berkembang dan tidak ketandusan tenaga baru tatkala peminat-peminat di negara itu semakin bersemangat melaungkan kata-kata azimat, "Football's coming home".