Skip to main content

Berbasikal

LTdL 2026: Adam Hakimi pasang impian cipta kejutan di kampung halaman

dd

"Beraksi di LTdL jadi hadiah terbaik saya"

Itu penjelasan atlet berbasikal lebuhraya kebangsaan, Muhammad Adam Hakimi Nazuan, yang baru sahaja menyambut hari lahirnya pada 22 September sambil mempersiapkan diri menjelang saingan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2026.

Permata dalam saingan berbasikal trek endurance selepas memecahkan rekod kebangsaan acara kejar-mengejar individu yang dicatat pada Mei lalu, Adam beranggapan peluang berkayuh di LTdL sebagai impiannya setelah sekian lama.

"Bagi saya untuk LTdL ini sambutan hari jadi saya, kerana ia perlumbaan besar yang merupakan pertama kali.

"Lebih bersemangat, tahun ini banyak mendaki, saya minat mendaki juga. Saya mahu cuba kerana itu saya bersungguh-sungguh mahu masuk LTdL kali ini," katanya.

Adam juga meletakkan harapan tinggi di peringkat keempat LTdL 2026 apabila perlumbaan akan berakhir di kampung halamannya iaitu Cameron Highlands, Pahang sekali gus dia ingin membuktikan sesuatu kepada keluarganya.

"Peringkat di Cameroon tempat saya, saya perlu buat sesuatu di sana. Ramai ucapkan tahniah buat saya, memang mereka (keluarga) mahu tunggu di sana (Cameroon Highland)," tambahnya.

Dalam pada itu, seorang lagi atlet berbasikal lebuhraya kebangsaan, Chan Jian Ler, mempunyai impian besar bersaing di kejohanan 'Pro Series' pertamanya itu.

Anak jati Johor Bharu yang berlatar belakang amatur ingin buktikan bekas pelumba amatur seperti dirinya mampu menjelmakan sesuatu di peringkat tertinggi dan tidak sabar untuk menghadapi LTdL kali ini , lebih lebih lagi selaku 'pure climber'.

"Sasaran saya mahu jadi Pelumba Terbaik Malaysia atau peringkat Asia. Mungkin ramai tak percaya saya boleh ke tahap ini, kerana itu saya mahu buktikan sesuatu di pentas elit ini." kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement