Kecederaan paha yang dialami Harry Kane sehingga terpaksa menjalani pembedahan bakal menyaksikan penggempur nombor satu England itu berkemungkinan terlepas saingan Euro 2020, Jun depan.
Situasi itu semestinya merunsingkan pengendali The Three Lions, Gareth Southgate, memandangkan peluang untuk peledak utama Leicester City, Jamie Vardy, keluar daripada persaraan tampak tipis.
Situasi itu mencetuskan senario baru dalam kalangan media di England apabila nama penyerang muda Manchester United, Mason Greenwood, dicanang untuk menyertai skuad kebangsaan sebelum saingan tertinggi buat negara-negara di Eropah itu.
Pemain kelahiran Bradford, Greenwood, kini sedang melalui tempoh membanggakan dalam musim sulung di pentas senior apabila meledakkan sembilan gol hasil daripada 26 penampilan dan telah pun membarisi skuad B-21 England.
Malah, kemampuannya menggegarkan jaring ketika The Red Devils dilihat bergelut setiap kali Marcus Rashford dan Anthony Martial gagal menyinar di atas padang meyakinkan sesetengah peminat semi finalis Piala Dunia 2018 itu bahawa Greenwood mampu merebut tempat dalam kem kebangsaan.
Namun, pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer, melihat situasi itu dari sudut berbeza.
"Biarkan dia benar-benar sesuaikan diri terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai England atau saingan Euro," kata pengendali dari Norway itu seperti yang dilaporkan Chris Wheeler untuk Mail Online.
Mengakui dia gembira dengan sumbangan pemain berusia 18 tahun itu meringankan beban yang digalas Martial dan Rashford, Solskjaer berpendapat penggempur muda itu seharusnya meletakkan keutamaan buat kelab sebelum memikirkan aksi di pentas antarabangsa.
"Dia perlu fokus dengan aksi bersama kami, terus meningkat dan apabila dia banyak bermain, ia akan berlaku sendiri. Dia baru sahaja dipilih ke dalam skuad B-21, jadi biarkan dia fokus."
Pendapat Solskjaer ada bernasnya.
Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Theo Walcott yang dipanggil menyertai skuad England sewaktu Piala Dunia 2006. Begitu juga dengan perkembangan bekas pemain sayap Real Madrid, Robinho, yang dilihat seperti tersekat sebelum mencapai prestasi terbaik.
Namun, segalanya terserah kepada Southgate untuk menentukan pilihannya. Dia mempunyai pilihan sama ada membiarkan pemain muda membangun dengan sendiri tanpa sebarang beban tekanan berlebihan atau segalanya sekadar indah khabar dari rupa.