Skip to main content

Rencana

Taufan Kammuri Gegar Sukan SEA

taufan-kammuri_1.jpg
Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (Phisgoc) sudah sedia menghadapi taufan dengan tiupan angin 140km/j yang dijangka menjejaskan beberapa venue terutama di Manila.

Ia tamparan hebat kepada Phisgoc yang sebelum ini dikritik ekoran persiapan lemah tetapi keadaan kian bertambah baik.

Kali ini, ujian lebih berat kerana membabitkan soal keselamatan 10 ribu atlit dan pegawai Asia Tenggara.

“Beberapa acara gelanggang luar mungkin terpaksa ditunda atau ditangguhkan sehari ketika taufan melanda sementara acara dalam gelanggang akan diteruskan jika bekalan elektrik tidak terputus,” kata Ketua Pegawai Operasi Phisgoc, Ramon Suzara.

“Semua pengurus pertandingan sudah bersiap-sedia dengan pelan kecemasan. Ia sudah disediakan lebih awal sebelum kita dimaklumkan mengenai taufan ini. Kami sudah sedia,” katanya.

Situasi ini mengingatkan saya kepada Taufan Hagibis ketika Piala Dunia Ragbi di Tokyo, Jepun, Oktober lalu.

Hanya dua perlawanan dibatalkan sebelum Afrika Selatan muncul juara.

Cuma, pihak keselamatan Jepun melaksanakan tugas dengan baik dengan memastikan keselamatan semua yang terbabit dengan kejohanan sekali gus menjaga reputasi negara matahari terbit itu.

Cabaran sama untuk Filipina.

Moga temasya edisi ke-30 ini berjalan lancar dan tiada kemalangan jiwa.  
 

Advertisement

Must Watch Video